Semalam telah berlangsungnya Anugerah
Stail EH! 2012. Anugerah ini telah digamatkan dengan satu jenaka,
dimana seorang dramatis muda, Fathia Latiff dikhabarkan telah
menyarungkan persalinan gaun malam yang koyak ketika menghadiri majlis
anugerah ini.
Dalam majlis Anugerah Stail EH! 2012,
Fathia telah memperagakan gaun rona hitam dari label fesyen
antarabangsa, iaitu BCBG. Difahamkan suasana majlis yang berlangsung
malam tadi agak meriah sehingga mengakibatkan Fathia berkelakuan sedikit
lasak dan membuatkan gaunnya terkoyak.
Walaubagaimanapun, insiden kecil
tersebut tidak menghalang lensa kamera untuk merakamkan kehadiran Fathia
yang tampil elegan. Selain itu, Fathia turut mengekalkan sikap
profesionalismanya sewaktu diminta untuk menyampaikan salah sebuah
anugerah yang dipertandingkan pada malam anugerah tersebut. Menurut
sumber, Fathia juga tidak segan untuk memberikan kerjasama bersama pihak
media untuk merakamkan sesi fotografi.
Kepada para selebriti lain, anda
haruslah lebih peka dan teliti sewaktu memilih gaun malam agar insiden
sebegini dapat dielakkan.