Showing posts with label Zarina Anjoulie Lavocah. Show all posts
Showing posts with label Zarina Anjoulie Lavocah. Show all posts

20 November 2011

Zarina belum bogel













PERNAH diselar gara-gara salah penyalahgunaan dadah dan penyebaran gambar lucah, Zarina seperti tidak serik membuka ruang untuk dikritik.
NAMA miss kontroversi, si Zarina Anjoulie Lavocah terbakar lagi. Gara-gara gambar seksinya yang mendedahkan pangkal payu dara dalam sebuah majalah gaya hidup Indonesia cepat tersebar ke Malaysia, segala nista, keji dan kelakuan hitam ke atasnya sebelum ini kembali diungkit.
Sebutkan apa sahaja jolokan, nakal, liar, murahan, bahkan jalang, barangkali itu semua sudah tidak lut menusuk tubuhnya. Kalaupun terdetik rasa bengang, dia sudah kalis terhadap segala tembakan negatif itu. Sebaliknya, tanpa rasa kesal terpancar di wajah, Zarina yang mesra disapa Anju itu berani bertegas dan masih lantang membela diri. Segala cacian orang ditelan, dianalisis dan dihamburkan semula oleh Anju sebagai bahan ketawa.
Pada hematnya, kalau sudah hakikat bernama Zarina Anjoulie, pakai tudung sekalipun, kelibatnya tetap mengundang pandangan serong.
"Semua itu mengarut dan saya boleh terima. Bila baca isu mengenai saya, saya gelak saja. Saya dah tak rasa apa-apa lagi. Pada saya, banyak lagi benda yang teruk.
"Buat atau tidak buat fotografi berkenaan, tak ada beza pun. Selama saya tidak berlakon saya tetap kena kutuk juga. Orang sudah cap saya sebagai artis yang teruk, sekali sudah buat silap, orang nampak saya jahat sampai mati.
"Saya tak boleh nak puaskan hati semua orang. Saya pelik kenapa mereka perlu hentam saya seorang saja sedangkan ramai lagi artis di luar sana yang pakai seksi, dedah sana, terkangkang sini.
"Saya letak gambar saya pergi umrah pun kena kutuk juga. Bagi saya, biarlah apapun orang nak cakap, saya buat bodoh saja," tempelak Zarina mengulas panjang mengenai kontroversi gambar seksinya yang tersiar dalam majalah FHM Indonesia edisi Oktober 2011.
Berbalas soalan dan jawapan, Anju ditebak lagi, ke mana langkah selepas ini dan jika ada tawaran berbogel ke majalah Playboy, adakah tawaran itu sanggup diterima olehnya?
"Tidaklah sampai berbogel. Sebenarnya sudah dua kali saya tolak pelawaan daripada pihak FHM Indonesia. Kalau semua nak tahu, ketika sesi fotografi itu, mereka menyediakan bikini, tapi saya minta agar mereka tukar baju lain. Saya hanya menjadi diri saya sendiri dan itu adalah pilihan saya. Lagipun, saya yang tanggung semua dosa saya. Biarlah apa orang nak kata kerana saya tak boleh nak paksa orang untuk suka kepada saya," selamba Zarina membuka cerita.
Dibayar untuk seksi
Mengamati wajah kacukan Melayu, Iran serta Scotland itu bersuara, rasa kecewanya barangkali dibiarkan bersarang di jiwa. Sesal atau tidak, soalan itu ditanyakan berkali-kali. Jawapannya, dia tidak mahu dilihat lemah atau tunduk merendahkan muka, jauh sekali merayu meminta agar segala aibnya dimaafkan oleh masyarakat.
"Saya tidak perlu menangis lagipun saya dibayar sebanyak RM1,100 (AS$350) untuk fotografi yang dilakukan di Indonesia itu. Saya cuma kesal bila ada orang kata saya ambil suntikan untuk besarkan payu dara, padahal, semasa fotografi itu dilakukan memang saya sedikit berisi. Ketika itu berat badan saya mencecah 62 kilogram, tentulah bila badan sedikit gemuk, semua akan nampak kembang, terutama bahagian perut.
"Saya tak marah media yang tulis cerita saya, itu adat bila jadi artis dan saya cukup faham tugas media. Apa yang saya marah, bila orang komen dan jatuhkan hukuman sendiri, maki dan hentam ibu bapa dengan kata-kata kesat, kenapa semua nak kecoh pasal saya," herdiknya sedikit lantang.
Walaupun masih berpegang dengan prinsip bukan sengaja menempah kontroversi, mahu atau tidak mahu, setuju atau tidak, Zarina kena akur bahawa padah itu yang harus diterima kerana menyediakan ruang untuk dihentam oleh masyarakat. Tidak terhenti setakat penyebaran gambar separuh bogel bersama teman lelaki satu ketika dahulu, namanya terheret pula dengan penyalahgunaan dadah.
Kepada pemerhati yang melihat dirinya sebagai sampah atau perosak dalam industri, pendapat itu benar kerana sumbangan pelakon yang hanya dikenali menerusi drama rantaian Anak Pontianak ini tidaklah sebesar mana.
Bertanyakan Zarina, tidak terdetikkah jauh di dasar hatinya untuk terpanggil ke arah yang lebih baik, dia menjawab:
"Saya tidak berani untuk berjanji apa-apa. Tapi, secara perlahan-lahan saya sedang memperbaiki semula imej dan penjenamaan diri. Saya sudah 25 tahun tapi saya masih tidak boleh membuktikan apa-apa untuk menyatakan bahawa saya juga mahu menjadi seorang pelakon yang serius," katanya yang sedang memberi fokus kepada pembikinan filem Khon Malay, yang kali pertama menempatkan namanya sebagai pelakon utama.
Tambah Zarina: "Saya juga sedang menghabiskan ijazah pertama saya dalam bidang-bidang undang-undang di sebuah kolej swasta. Hari-hari saya pergi sekolah dan sibuk dengan sesi latihan untuk filem, lain-lain perkara saya letak tepi."
Zarina satu kelainan
Ibarat menyerah diri untuk bertemu media usai cerita panas berhubung gambar seksinya mendapat liputan hangat semua surat khabar mingguan minggu lalu, Zarina baru-baru ini menjejakkan kaki ke majlis pelancaran tiga buah filem, Khon Malay, Taiko dan 1945 yang diadakan di Danau Kota, Kuala Lumpur.
Selaku penerbit bersama, Asri Abdul Rahman daripada AAR Intelligent Sdn. Bhd. menjelaskan pemilihan Zarina sebagai heroin di sisi Faizal Hussein dalam filem berkenaan dibuat kerana percayakan kredibiliti yang ada terhadap pelakon berkenaan.
"Ini pendekatan dan kelainan yang mahu kami mulakan. Mungkin selama ini, orang takut hendak ambil Zarina berlakon kerana memikirkan kontroversinya. Kami pilih Zarina sebelum isu gambar seksi itu tersebar, jadi bukan satu isu bila dia diambil jadi heroin filem Taiko," kata Asri yang selama ini memerhatikan industri perfileman sekadar dari belakang tabir.

18 November 2011

Gambar Itu Cuma Seksi, Tak Adalah Sampai Berbogel – Zarina Anjoulie



zarina anjoulie
Dalam banyak-banyak jawapan yang diberikan, Abang Nara tertarik dengan jawapan untuk persoalan sengaja menempah penyakit dengan bergambar sebegitu.
Untuk pengetahuan semua, saya pernah ditawarkan untuk mengadakan sesi fotografi dengan majalah itu sebanyak dua kali dan saya tolak kesemuanya. Antara sebabnya adalah saya tidak mahu bergaya terlalu seksi seperti yang dikehendaki mereka. Bagaimanapun, sewaktu menjalani sesi fotografi itu di Indonesia dua bulan lalu, berat badan saya naik, sekali gus menyebabkan tubuh dan payudara saya berubah bentuk. Dan baju yang mereka sediakan pun ketat. Disebabkan itulah gambar yang disiarkan nampak terlalu seksi. Itupun saya berusaha juga untuk menutup bahagian tertentu. Namun ada juga aksi yang terlepas dan gambar itulah yang mereka pilih untuk disiarkan. Alah! Gambar itu cuma seksi, tak adalah sampai berbogel pun.
Ikuti artikel penuh daripada Berita Harian dengan membaca entri ini sepenuhnya.
KEHADIRANNYA pada majlis pelancaran filem Khon Malay lakonannya bersama dua filem lain iaitu Taiko dan 1945 petang kelmarin sememangnya amat dinantikan media. Ini kerana sehari sebelum majlis itu diadakan, hampir semua akhbar arus perdana menyiarkan gambarnya yang beraksi separuh lucah.
Aksi mengghairahkan Zarina Anjoulie Lavocah memberikan gaya yang cukup ‘panas’ sehingga menampakkan sebahagian payu daranya seperti yang tersiar di dalam majalah FHM versi Indonesia edisi bulan ini menjadi bualan ramai.
Pastinya kebanyakan komen yang diterima adalah kata-kata berbaur kutukan dan kecaman berapi oleh mereka yang tak puas hati dengan aksi berani mati pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Anak Pontianak ini.
Disebabkan keberaniannya itu, ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang dimahukan gadis berusia 24 tahun ini apabila mengambil keputusan bergambar seksi yang keterlaluan?
Adakah kerana dahagakan publisiti ataupun memang menjadi prinsip hidup Zarina untuk berbuat apa saja tanpa perlu memikirkan sensitiviti masyarakat sekeliling.

Sambil menegaskan tindakannya itu tak ada kena-mengena dengan percubaan mencari publisiti murahan, gadis berdarah kacukan Melayu, Iran dan Scottish ini juga menyelar sikap sesetengah pihak yang hanya nampak kesalahannya saja walaupun apa yang dilakukannya itu tidak banyak beza dengan apa yang pernah dilakukan artis lain.
HIP: Komen Zarina apabila dikecam ramai pihak gara-gara bergambar seksi yang keterlaluan seperti yang disiarkan dalam majalah FHM Indonesia.
Saya tidak perlu rasa menyesal ataupun meminta maaf kepada mana-mana pihak hanya kerana gambar itu. Saya lakukannya juga bukan kerana mahu mencari publisiti murah atau sebagainya. Saya hanya cuba menjadi diri saya sendiri dan tak kisah apa pun kata orang terhadap saya. Sebelum ini pun saya teruk dikecam walaupun ada di antara kontroversi itu tidak ada kena-mengena dengan saya. Saya duduk di rumah diam-diam pun ada juga gosip yang keluar. Jadi alang-alang mereka mahu mengata dan memburukkan saya, lebih baik saya buat apa yang saya mahukan walaupun tahu perkara itu akan menimbulkan kontroversi. Hidup kalau sentiasa mahu mendengar cakap orang tidak akan membawa kita ke mana-mana. Lagi pun, fotografi itu bukan percuma, tetapi dibayar. Jadi saya ambil sajalah tawaran itu. Tapi itu tidak bermakna saya sengaja menjual badan apabila saya mengatakan sesi fotografi ini dibayar. Jangan salah faham.
HIP: Ramai yang berkata Zarina memang ratu kontroversi kerana lepas satu, satu cerita kontroversi berkaitan Zarina dipaparkan.
Cakaplah apa saja, saya tak kisah pun. Sebelum ini pun macam-macam kata hinaan dan cacian dilemparkan kepada saya. Jadi saya sudah lali mendengarnya. Apalah sangat dengan gelaran ratu kontroversi itu. Perkara ini tidak akan menjadi kontroversi jika tak ada pihak yang menyebarkan dan disiarkan di dalam akhbar. Jangan salahkan saya apabila perkara ini menjadi kontroversi. Seperti yang saya tegaskan tadi, orang seperti saya ini, buat apa pun, pasti akan dikecam. Walhal ada juga gambar artis yang disiarkan di media sama juga seksi dengan gambar saya, tapi tak ada siapa pun yang buat kecoh. Mungkin artis itu kawan-kawan mereka jadi tidaklah disensasikan sangat perkara itu berbanding gambar saya. Hanya kerana sekali pernah buat silap, sampai bila-bila orang akan label saya sebagai jahat.
HIP: Bukankah itu bermakna Zarina sengaja menempah penyakit dan sengaja membiarkan diri menjadi bahan hinaan apabila berani bergambar begitu?
Untuk pengetahuan semua, saya pernah ditawarkan untuk mengadakan sesi fotografi dengan majalah itu sebanyak dua kali dan saya tolak kesemuanya. Antara sebabnya adalah saya tidak mahu bergaya terlalu seksi seperti yang dikehendaki mereka. Bagaimanapun, sewaktu menjalani sesi fotografi itu di Indonesia dua bulan lalu, berat badan saya naik, sekali gus menyebabkan tubuh dan payudara saya berubah bentuk. Dan baju yang mereka sediakan pun ketat. Disebabkan itulah gambar yang disiarkan nampak terlalu seksi. Itupun saya berusaha juga untuk menutup bahagian tertentu. Namun ada juga aksi yang terlepas dan gambar itulah yang mereka pilih untuk disiarkan. Alah! Gambar itu cuma seksi, tak adalah sampai berbogel pun.
HIP: Disebabkan Zarina cukup terbuka dengan bergaya seksi itu, adakah ini bermakna Zarina juga bersedia untuk bergaya dengan lebih ekstrem pada masa akan datang?
Tidaklah sampai begitu. Saya terima tawaran ini pun apabila pihak majalah berkenaan mengatakan ia tidaklah terlalu seksi. Seperti yang saya katakan tadi, saya ambil masa sebelum menyatakan persetujuan. Saya sebenarnya pelik dengan industri kita ini. Pakai seksi sikit, adalah yang melenting dan mengecam. Bila ada artis bertudung dan memakai hijab seperti yang dilakukan penyanyi Waheeda, dituduh sengaja mencari publisiti murah. Semuanya serba tak kena. Jadi senang cerita, lantaklah orang nak kata apa pun. Saya peduli apa.
HIP: Bagaimana pula dengan isu Zarina mengata pelakon dan pengacara Awal Ashaari dalam Twitter?
Saya tidak mahu mengulas lanjut perkara itu kerana saya anggap semuanya sudah selesai. Saya sudah pun berbincang dengan Awal mengenai isu ini dan kami sudah berjanji untuk tidak bercerita lagi mengenai isu ini.
HIP: Kerjaya lakonan tak seberapa tapi kontroversi saja yang lebih. Komen Zarina?
Saya tahu memang tidak banyak berlakon. Tapi itu semua kerana saya sibuk dengan kuliah. Saya sekarang sedang menuntut di dalam bidang Undang-Undang di sebuah kolej swasta. Kebetulan ketika ditawarkan berlakon dalam filem ini, saya sedang bercuti. Jadi bolehlah saya curi masa untuk berlakon. Keutamaan saya sekarang ini adalah pelajaran.

13 November 2011

Aksi Zarina panaskan Indonesia













LAMA 'miss kontroversi,' Zarina Anjoulie Lavocah menyepikan diri selepas dia berbalah mengenai satu isu dengan Awal Ashaari.
Tapi masuk-masuk kerja lepas cuti Hari Raya Korban, terus cerita panas cik Zarina yang manja dipanggil Anju jadi bahan. Panas sungguh si Anju ni, sekali jeling, berwap-wap jadinya, mengalahkan kuah singgang tulang lembu yang baru dimasak.
Heboh orang bercakap pasal aksi berani dedah Anju dalam majalah FHM Indonesia edisi Oktober 2011. Dalam majalah FHM Girls Indonesia tersebut, Anju punyalah bangga selak baju sampai nampak pusatnya yang bertindik. Dalam satu gambar lain pula, dia siap tunjuk lagi coli merah samar melekat di dadanya yang mekar itu.
Memang sedap mata memandang. Kenyanglah, itu kalau letak sekali mangkuk sup ekor pun, ramai yang pilih yang nak tengok kulit gebu Anju.
Diva bangga sebab ada artis tanah air yang mampu sehebat Anju, mampu bolos ke luar negara jadi penghias muka depan majalah popular dengan tajuk From Malaysia with Love. Ala-ala duta kecil Malaysia ke Indonesia, pemanas semangat atlet negara ke Sukan SEA agaknya.
Tak ramai artis yang seberani Anju dalam bab-bab begitu. Anju ni pula suka jadi diri sendiri. Selagi masih cantik, seksi bergetah buatlah dik, nanti dah berusia dah beranak-pinak nanti, jangan marah pula kalau gambar-gambar seluar pendek, coli dan baju nampak buah dada kamu jadi sebutan.