Showing posts with label Aaron Aziz. Show all posts
Showing posts with label Aaron Aziz. Show all posts

19 December 2011

"Ombak Rindu" Cecah Kutipan RM10 Juta


Filem "Ombak Rindu" dilakonkan Aaron Aziz dan Maya Karin
Filem adaptasi novel popular Ombak Rindu kini berjaya mencecah RM10 juta setelah 17 hari ditayangkan.
Kutipan tersebut dikira bermula pada tarikh tayangannya iaitu pada 1 Disember lalu.
Pengarah Urusan Tarantella Pictures, Sharad Sharan, berkata, kutipan tersebut mungkin akan meningkat kerana tayangan filem tersebut dilanjutkan selama dua minggu.
"Setakat ini kutipan Ombak Rindu ialah RM 10 juta yang mana melebihi sasaran awal kami iaitu RM6 juta.
"Saya jangkakan mungkin boleh mnecapai RM14 juta kerana tayangan akan dilanjutkan selama dua minggu lagi selepas tarikh wajib tayang," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Dalam pada itu, Sharad turut berkata pihaknya akan menyediakan ganjaran atau bonus kepada pelakon dan krew produksi sebagai penghargaan terhadap usaha mereka.
"Pihak kompeni sudah tentu berbangga dengan kejayaan filem ini dan semamangnya telah merancang untuk memberikan ganjaran kepada mereka yang terlibat," katanya.
Selain itu, Sharad berkata, selepas kejayaan filem adaptasi Ombak Rindu dan Lagenda Budak Setan tahun lalu,Tarantella Pictures akan terus menerbitkan filem yang diadaptasi novel.
“Kejayaan dua filem Ombak Rindu dan Lagenda Budak setan, Tarantella Pictures akan muncul dengan filem Untuk 3 Hari arahan Afdlin Shauki tulisan Ahadiat Akashah danLagenda Budak Setan 2," katanya.
Katanya, filem Ombak Rindu akan dihantar untuk ditayangkan pada Festival Filem Cannes 2012
Ombak Rindu, ia mengisahkan Izzah lakonan Maya Karin iaitu gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah. Lalu ayah dan ibu saudaranya, mengambil alih tugas memelihara Izzah.
Namun, Taha banyak berhutang dan disebabkan kesempitan wang, Taha menjual Izzah kepada seorang pemilik kelab malam. Di situlah bermulalah perkenalan Izzah dengan Hariz (Aaron Aziz) yang menjadi pelanggan di kelab itu.

04 December 2011

Ombak Rindu mengganas


BABAK beremosi dan sedikit tarikan seksual antara perencah yang memberi jiwa kepada Ombak Rindu.


AURA filem Ombak Rindu arahan Osman Ali yang diadaptasi daripada novel karya Fauziah Ashari sudah dapat dirasai usai tayangan pratonton filem berkenaan, dua minggu lalu. Seminggu sebelum tayangan komersial, gelora peminat tegar terhadap novel yang terjual sebanyak 150,000 naskhah itu semakin membadai.
Barangkali, selama tempoh lebih 12 tahun mengenali Izzah, masing-masing tidak sabar untuk mencari erti visual kisah tragis wanita malang yang menjadi mangsa kerakusan manusia dalam novel berkenaan.
Memasuki panggung pada 1 Disember lalu, Ombak Rindu membuktikan, drama air mata Melayu juga mampu mengganas setanding filem aksi atau seram yang paling mudah memanggil penonton ke pawagam. Hari pertama ditayangkan, Ombak Rindu berjaya mengutip RM750,000.
Walaupun tidak memecah rekod Kongsi (RM1.1 juta dengan 100 pawagam), jauh sekali KL Gangster (RM1.8 juta dengan 81 pawagam), sebagai sebuah filem yang ditayangkan hanya di 71 pawagam termasuk Brunei dan Singapura, pencapaian sebuah filem adaptasi novel Melayu itu sudah cukup bagus untuk dilihat sebagai fenomena.
Selaku sutradara, Osman Ali layak mendapat pujian. Secara peribadi juga, pencapaian Ombak Rindu sendiri satu fenomena buat Osman yang sebelum ini tidak bernasib baik dari segi kutipan untuk tiga filem terdahulu, Cun (RM1.1 juta), Anak Halal (RM1.7 juta) dan Puaka Tebing Biru (RM1 juta).
Sejak awal, Osman sendiri ragu-ragu akan kesungguhan penerbit untuk menghasilkan sebuah filem adaptasi daripada genre drama memandangkan trend tontonan lebih memihak kepada genre aksi dan seram.
"Ini filem pertama saya mendapat kutipan memberangsangkan pada hari pertama tayangan. Mungkin sebelum ini rezeki belum memihak kepada saya, setiap pengarah ada takdirnya. Macam apa yang berlaku kepada Mamat Khalid, maknanya kita jangan cepat mengaku kalah.
"Untuk Ombak Rindu, pihak penerbit pun kata ia tiga kali ganda lebih baik berbanding filem terbitan mereka dari genre yang sama, Lagenda Budak Setan, tahun lepas," katanya yang terharu dengan komen-komen positif serta penghormatan penonton yang bersorak dan bertepuk tangan di hujung tayangan filem berkenaan di hari pertama.
Lebih membanggakan, Ombak Rindu menjatuhkan kedudukan filem nombor satu dunia ketika ini, The Twillight Saga: Breaking Down - Part 1 setelah flilem Hollywood itu tersingkir ke kedudukan kedua carta box-office tanah air minggu ini.
HARI pertama ditayangkan, Ombak Rindu berjaya memanjat carta nombor box-office tanah air dan meraih kutipan tiket RM750,000.


Melihat sambutan serta judul Ombak Rindu yang menjadi topik popular di laman sosial Twitter, karya lakon layar Armantono serta Osman itu dilihat mampu berdiri sebagai naskhah yang tidak cacat biarpun Fauziah meluahkan ketidakpuasan hatinya.
Fauziah juga menitipkan pesan, agar setiap karya adaptasi sebaik-baiknya menjemput penulis novel sebagai penasihat atau penulis skrip bersama.
"Walaupun penulis novel (Fauziah) ada menyatakan ketidakpuasan hatinya, saya faham apa yang cuba beliau maksudkan. Memang filem Ombak Rindu tidak mampu memberi visual 100 peratus kepada apa yang difantasikan dalam novel.
"Saya langsung tidak berkecil hati dengan kenyataan Fauziah. Sekarang, saya dapat rasakan penonton sebenarnya rasional dan tidak prejudis terhadap versi novel. Mereka tidak menetapkan jangkaan luar biasa dan boleh faham situasi adaptasi daripada novel ke filem," jelas Osman yang akur terhadap rungutan-rungutan penonton membandingkan versi dan novel yang ada bezanya.
Kejayaan awal Ombak Rindu seperti memberi gambaran bahawa filem adaptasi akan menjadi trend popular dalam industri filem tempatan.
Mengulas soal itu, Osman tidak berani mengagak masa depan. Katanya, dia lebih melihat dari sudut drama. Suatu masa dahulu, filem-filem genre drama seperti di zaman kegemilangan filem Datuk Rahim Razali dan Datuk Jins Shamsuddin mendapat sambutan hebat peminat.
"Sekarang orang takut mahu buat filem drama, saya harap, filem kita akan mengembalikan kegemilangan filem genre drama, harap ada lagi filem dari genre drama yang mampu tarik penonton ke pawagam.
"Tentang sambutan filem adaptasi pula, ia bukan sesuatu yang konsisten, dahulu filem Lagenda Budak Setan dapat sambutan, malangnya Karipap-Karipap Cinta tidak begitu bernasib baik. Trend adaptasi sudah lama popular di Barat cuma mungkin baru di tanah air.
"Saya cuma harap, Ombak Rindu akan terus diberi sokongan, masih terlalu awal untuk saya menyimpulkan pencapaian filem ini setakat ini," ujar Osman yang sedikit terpempan dengan sambutan yang diterima.
Hasil kreativiti, permainan emosi, debar asmara serta garapan yang mampu mengalirkan air mata, saham Osman sebagai pengarah filem adaptasi juga meledak naik. Ada beberapa penerbit sudah memberikan lampu hijau untuk Osman terus berkarya.
"Saya tidak berani terima tawaran baharu, kena tengok sambutan Ombak Rindu dulu. Tidak semua novel mampu memberikan impak bila diadaptasi, kena teliti," katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri 26 episod, Bicara Cinta.
Bukan sahaja menjadi buah mulut tetapi perkataan Ombak Rindu menjadi satu trend laman sosial Twitter. Pujian dan pertanyaan bersilih ganti bertanyakan perihal filem lakonan hebat Maya Karin, Aaron Aziz, Bront Palarae dan Zaidi Omar. Hasilnya masing-masing mahu menonton dan memberi ulasan sendiri. Sebuah perkembangan sihat apabila sebuah filem menjadi budaya bualan umum.
SATU kelebihan Ombak Rindu terletak kepada barisan pelakon yang memberikan penghayatan terbaik sehingga meruntun air mata penonton.


Bukan hanya filem dan nama para pemegang karakter yang menunjukkan hasil yang bersahaja namun mengagumkan, lagu runut bunyi filem ini adalah tepat dan membuai emosi penonton. Single Ombak Rindu nyanyian Adira dan Hafiz meruntun jiwa dan membantu pengaliran air mata khalayak yang tersentuh dengan segala emosi yang dibawakan dalam filem ini.
Demam Twilight berterusan
Salah sebuah lagi adaptasi novel yang membikin gelombang fenomena tersendiri adalah kemunculan francais Twilight. Bermula pada 2008 dengan Twilight, demam itu berterusan dengan kehadiran filem The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1, bermula bulan lalu.
Breaking Dawn merupakan novel keempat dan terakhir dalam senarai novel The Twilight Saga hasil tulisan Stepehine Meter. Filem yang terbahagi kepada dua bahagian tersebut diarahkan oleh Bill Condon dan kegilaan khalayak terhadap watak Edward Cullen dan Jacob akan terus berterusan.
Hasilnya sehingga 27 November lalu, filem francais siri keempat ini telah mengutip sebanyak RM690 juta (AS$220 juta) di Amerika Syarikat dan Kanada serta RM838 juta (AS$268 juta) di seluruh dunia menjadikan jumlah sehingga RM1.5 bilion (AS$488 juta). Filem ini dibuka pada 18 November lalu di 4,061 buah panggung seluruh dunia.
Pada satu sisi, filem adaptasi ini mempunyai para pencinta yang tersendiri. Sama ada pembaca buku, peminat filem atau pencinta salah satu karakter, tetapi golongan ini memberi peratusan tinggi untuk filem ini sebanyak 71 peratus berbanding peratusan yang diberikan oleh pengkritik filem iaitu 26 peratus seperti yang tercatit di www.rottentomatoes.com. Terus menjadi bahan bualan, debaran filem ini berterusan apabila akan muncul bahagian dua yang menyambung cerita dan legasi serigala dan puntianak terkenal dunia sekarang.

16 October 2011

Emelda bermentorkan suami






























OBSES dengan kecantikan dan proses memanjakan diri, isteri Adlin ini membuka sebuah spa dan butik seiring minatnya.

SERING muncul di kaca televisyen terutamanya untuk naskhah seram, Emelda Rosmila kini mahu berubah angin dan mencabar dirinya sendiri.


Bukan bereksperimen di pentas perdana apabila terlibat dalam teater Badai Semalam yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada 11 hingga 20 November kelak, sebaliknya Emelda terlebih dahulu merasa ruang teater muzikal P. Ramlee dengan membawakan watak Azizah.
“Dalam teater Badai Semalam yang diadaptasi melalui novel Khadijah Hashim ini, saya membawakan watak Mahani yang kepoh dan suka menyibuk hal dalam kain orang. Dia juga sakit hati dengan Mazni lakonan Erra Fazira kerana mahu mengahwinkan anaknya dengan Karim (Aaron Aziz). Namun dia seorang yang bergaya dan memang berangan menjadi orang kaya,” ujar Emelda yang ditemui di sidang media teater Badai Semalam.
Bakal sibuk dengan latihan dan pementasan teater yang ditunggu ramai ini, isteri kepada aktor Adlin Aman Ramlee ini juga terlibat dengan penggambaran drama bersiri 14 episod bertajuk Tihany yang akan disiarkan di saluran TV9.
“Saya juga baru selesai dengan penggambaran filem Azazil arahan Khabir Bhatia dan membawakan watak Melor,” ujarnya yang kini sangat fokus mengendalikan butik dan spa miliknya.
CABARAN TEATER
Saya melihat teater sebagai salah satu cabang seni dan sekarang ialah masa yang terbaik untuk saya menceburinya. Bila berhadapan dengan penonton secara langsung, tidak ada ruang untuk buat kesilapan dan di situlah profesional lakonan diuji. Kalau silap, memang nampak dan ini sebenarnya memberi saya sedikit ketakutan. Gemuruh saya berlipat kali ganda ditambah pula untuk Badai Semalam, saya berlakon dengan barisan aktor dan aktres yang berpengalaman. Namun saya gembira kerana dapat bertukar angin.















EMELDA membawakan watak Mahani dalam teater Badai Semalam.


SUAMI JADI MENTOR

Pengalaman dalam teater terdahulu memberi saya pengalaman dan banyak yang saya pelajari. Teater muzikal P. Ramlee dahulu hadir dengan set dan bajet yang besar serta bertaraf antarabangsa. Itu sebuah pembelajaran yang berguna. Selain itu, saya sangat bertuah kerana suami saya merupakan seorang pelakon dan pengarah yang sangat berpengalaman. Itu kelebihan yang saya dapat. Adlin menyuruh saya keluar daripada zon selesa dan keluarkan bakat yang ada.
ADA MALU-MALU
Sejujurnya saya ada sikap pemalu dan sentiasa berasa kecil dibandingkan pelakon lain. Ini merupakan satu masalah yang perlu saya atasi. Saya perlu berfikir dengan skala besar dan melupuskan rasa malu saya. Mungkin kelak ketika sudah di sesi latihan teater nanti, saya akan dapat meningkatkan tahap keyakinan saya.
OBSES BAJU DAN SUBANG
Saya memang obses dengan baju dan subang. Pantang nampak mesti beli. Kerana obses terhadap baju maka saya sudah membuka sebuah butik dengan nama Suka Suka di Axis Atrium. Juga kerana sukakan rawatan dan memanjakan diri saya turut membuka sebuah spa di Plaza Damas. Tetapi spa yang dinamakan Raine itu masih dalam peringkat ubah suai.
POSITIF PRODUK HANTU
Industri lakonan kita ini boleh dikatakan mengikut musim. Ada musim komedi, aksi dan kini musim filem atau drama hantu. Melihat secara positif, kita perlu terima seadanya kerana industri kita kecil. Ini adalah satu satu proses kreatif dan perlu mendapat sokongan. Kalau ia menakutkan kanak-kanak, ibu bapa perlu ada untuk mengawal anak-anak mereka.
Kosmo!

14 October 2011

Aaron Aziz Bercakap Tentang Kerakyatan Malaysia


Teater Badai Semalam kan memulakan pementasan di Istana Budaya 11 November 2011 ini. ini merupakan adaptasi dari novel popular tulisan Khadijah Hashim yang akan di’bintangi oleh nama nama besar seperti Erra Fazira, Aaron Aziz, Umie Aida, Fizz Fairuz, Ziela Jalil & Emelda Rosmila. 

Peminat novel Badai Semalam pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan kisah percintaan ini di’bawakan secara live di’atas pentas. Dapatkan tiket anda sekarang di Istana Budaya. 

Cukup dengan bahan dari press release. Aaron Aziz dalam video di’atas bercakap tentang semangat 1Malaysia beliau dalam permohonan untuk menjadi penduduk tetap Malaysia.

Aaron Aziz sangat berharap permohonan beliau akan di’luluskan dengan segera walaupun tahu proses tersebut akan mengambil masa yang agak lama namun beliau nampak tidak sabar untuk memegang status penduduk tetap.
Tidak cukup dengan video? Kami sertakan beberapa keping gambar Aaron Aziz ketika berlangsung’nya sidang media teater Badai Semalam untuk tatapan anda. Enjoice!
Sumber Rotikaya