Showing posts with label Izreen Azminda. Show all posts
Showing posts with label Izreen Azminda. Show all posts

11 December 2011

Izreen akan umum pertunangan



IZREEN menafikan bakal bertunang dalam masa terdekat.

AKTRES dengan nama Izreen Azminda ini sedang menebarkan namanya dengan debunga bakat. Eksplorasi bakatnya banyak ditunjangi watak antagonis yang berjaya membuat penonton berasa benci.
Kemunculan dengan watak kontra dalam drama popular Juvana, menambahkan lagi sebab mengapa dirinya dilihat sebagai pelapis aktres tanah air.
Sewaktu sedang enak melakar satu demi satu portfolio atas nama pelakon, cerita-cerita peribadi turut menghimpit dirinya. Seakan-akan terkesan dengan watak antagonis yang dipegangnya, ada sahaja cerita panas dan kelam menghampiri pelakon ini.
Terbaru, pelakon berusia 26 tahun ini dikatakan bakal bertunang dengan seorang jejaka di belakang tabir. Bukan sebuah cerita negatif tetapi nampaknya hidup Izreen sekarang sudah masuk dalam baris pelakon yang semakin ingin dikenali lebih daripada sekadar cerita di layar.
Sedang enak melayari hari-hari penggambaran di bawah arahan Michael Ang, Izreen bakal muncul dengan sebuah telefilem yang bertajuk Pelesit dan Penjara.
Dengarnya akan bertunang tidak lama lagi?
(Gelak) Mana dengar cerita? Tidak ada perancangan apa pun lagi. Saya sedang sibuk dengan penggambaran. Kalau ada dan sampai masa, saya akan umumkan.
Maksudnya benarlah ada hubungan cinta dengan orang di belakang tabir?
Saya berkawan-kawan sahaja dan sejauh ini belum ada hubungan istimewa dengan siapa-siapa pun. Orang mungkin salah tafsir kerana saya berkawan dengan semua orang terutamanya orang produksi. Saya memang boleh ngam.
Tiada hubungan istimewa dengan siapa-siapa?
Tidak ada. Baru-baru ini saya sudah terkena, jadi kena relaks dulu. Saya tak nafikan kalau jodoh sampai, saya terima seadanya. Saya ni sebenarnya suka lelaki yang berwajah Melayu. Perangainya kena kontra dengan saya maksudnya dia perlu jadi air kerana saya bersifat api.
MENGANGGAP tahun 2011 sebagai tahun penuh cabaran.

Setelah Juvana dan polemik dengan Johan (Botak), nampaknya cerita peribadi Izreen bertubi-tubi keluar. Peminat hendak tahu cerita peribadi Izreen. Komen Izreen?
Memang tidak dinafikan tahun ini paling banyak saya dilanda kontroversi. Itu lumrah dan saya sudah bersedia. Awalnya mungkin saya kekok diterjah soalan sebegitu dan saya emosi menjawab. Itu pengajaran dan pada masa depan saya lebih berhati-hati menjawab. Kadang kala penyampaian itu tidak sama dengan tafsiran.
Sejauh mana keterbukaan Izreen berkongsi cerita-cerita peribadi dengan peminat?
Sekarang ini saya lebih selesa bercakap pasal kerja. Tentang peribadi, ada batasnya.
Bagaimana melihat perjalanan tahun 2011 dan harapan 2012?
Perjalanan 2011 sangat mencabar kerana bukan sahaja saya diterima ramai tapi juga terpalit kontroversi yang bukan-bukan. Saya ingat orang akan menyampah dengan saya, tetapi saya lihat sambutan orang ramai terhadap saya sangat baik kerana lakonan saya.
Daripada aspek karier, saya bersyukur kerana diberi kepercayaan penerbit, pengarah dan penonton. Sejak drama Tentang Dhia ditayangkan di TV3, orang lebih memanggil saya dengan nama Melly berbanding cikgu Zakiah (Juvana). Pengarah, Michael Ang juga antara individu yang mempercayai saya dengan memberikan watak yang berat dan comot. Saya mengharapkan 2012 akan muncul dengan kurangnya kontroversi dan prestasi kerja semakin meningkat.

13 November 2011

Bila masa saya rampas tunang orang? - Izreen


RASANYA macam baru semalam kita menatap cerita-cerita gosip mengenai bagaimana dia makan hati dengan pelakon drama Juvana, Johan As’ari selepas hubungan mereka dikatakan dingin.


Puncanya hanya satu. Wujudnya orang ketiga dan dia ialah, pelakon Fasha Sandha.


Namun belum pun sempat kontroversi itu padam, kini Izreen Azminda, 26, dilanda pula dengan satu lagi isu panas apabila dia dituduh merampas tunangan orang.

Amboi, boleh tahan juga ya pelakon drama yang sedang meningkat naik ini.

Isu ini bukan main-main.

Iyalah, sedangkan isu teman lelaki dikebas orang pun boleh bikin seseorang wanita itu naik hantu, apalagi kalau si dia itu sudah memegang status tunangan orang.

Berperang? Mungkin itu keadaan yang akan berlaku.

Tapi percayalah. Tidak akan ada sesiapa yang suka menyaksikan dua wanita memperbodohkan diri sendiri untuk berebutkan seorang lelaki yang tersenyum bangga kerana dirinya menjadi perhatian.

Sudahlah merampas ‘hak’ orang, Izreen dituduh pula berniat jahat cuba menjatuhkan kerjaya wanita berkenaan yang bekerja sebagai pengurus produksi yang dikenali dengan nama Rafeda.

Menariknya, lelaki yang dikejar bukanlah seseorang yang berstatus Tan Sri, Datuk mahupun seorang jutawan atau ahli perniagaan.

Tetapi cuma seorang jurukamera yang bertugas dengan sebuah syarikat produksi tempatan dan dikenali dengan nama R.

Ditujah dengan pelbagai soalan yang tepat mengena mukanya, Izreen mengambil langkah profesional untuk tidak lari menyembunyikan diri.

Baginya, selagi dia jujur dan berkata benar, tidak ada apa yang perlu disembunyikan.

“Tak masuk akal dan sangat merepek! Bila masa pula saya merampas tunang orang?

“Ya memang saya kenal dengan R dan kami mula rapat semasa sama-sama terlibat dalam penggambaran drama berjudul Isabella sekitar pertengahan 2010.

“Tapi kami cuma kawan. Bukan dengan R sahaja, dengan semua orang dalam set itu pun saya berkawan. Kami semua sudah macam satu keluarga.

“Apa motif perempuan itu menuduh saya punca mereka putus tunang? Jangan kerana kesalahan antara mereka berdua maka saya dijadikan mangsa. Saya tak pernah ambil kisah pun fasal mereka,” katanya.

Mengaku mengenali Rafeda dalam tempoh yang agak lama sebagai kenalan ketika sama-sama menuntut di sebuah kolej swasta, kata Izreen, dia terkilan kerana wanita itu sanggup menipu semata-mata mahu mendapat perhatian.

“Memang kami sepanjang di set Isabella jarang sekali bertegur sapa. Tapi semua orang di set tahu bahawa dia dan R tidak pernah bertunang.

“Itu semua cerita rekaan perempuan itu. Sebagai seseorang yang pernah belajar di kolej yang sama, saya tak sangka perangai psiko dia tu terbawa-bawa sampai sekarang dan tak berubah.

“Kalau betul dia dan R bertunang, tunjuk bukti. Dia tak rasa malu ke mengaku diri tunang orang padahal perkara itu tidak pernah berlaku?

“Saya mengaku dia memang cantik orangnya tapi sayang kenapa suka hidup dalam imaginasi begitu?” katanya.

Mula menunjukkan reaksi kurang senang dengan tuduhan yang dilemparkan, kata Izreen, dia juga hairan mengapa isu ini sengaja diperbesarkan.

Malah, dia juga menganggap isu mahu menjatuhkan karier wanita itu cuma satu lagi agenda mengarut yang dilemparkan kepadanya.

“Fikir logiklah, besar sangat ke saya ni sampai layak nak rosakkan periuk nasi dia? Siapa saya? Kalau nak burukkan dia, dah lama saya buat macam tu.

“Kalau saya burukkan dia sekali pun, kalau dia memang bagus dalam kerja yang dilakukan, orang akan tetap ambil dia bekerja tanpa perlu ambil kisah dengan kata-kata hasutan saya, betul tak?” ujarnya.

Profil tercalar
Tidak mampu menyembunyikan rasa kecewa, kata Izreen, dia sedar sebagai manusia kerdil, dia tidak dapat lari daripada dugaan seperti ini.

Apalagi ketika dia kini sedang berusaha menapak membina nama sebagai seorang pelakon dan yang terkini menerusi tayangan drama berjudul Tentang Dhia.

Malah, dalam diam, dia mengangguk, perkara ini sedikit sebanyak mencalar profilnya sebagai seorang pelakon.

“Lima tahun saya berlakon, ini adalah dugaan besar yang terpaksa saya hadapi.

“Sudahlah isu saya dengan Johan pun orang masih sibuk bercakap-cakap, tiba-tiba timbul pula kontroversi ini.

“Saya kasihan dengan perempuan itu. Sifat cemburu sudah menguasai diri. Sebagai seorang wanita dia perlu kuat menghadapi rintangan dalam hubungan. Bukan menuduh orang lain sebagai punca perpisahan.

“Lebih baik dia lihat apa kekurangan dan kesilapan pada diri sendiri sebelum tuding jari pada orang. Ini juga peringatan buat saya sendiri,” ujarnya.

23 October 2011

Dulu cinta kini putus


PERTEMUAN yang berlangsung di Balai Berita antara Izreen Azminda (kanan) dan Johan As'ari.
PERTEMUAN yang berlangsung di Balai Berita antara Izreen Azminda (kanan) dan Johan As'ari.
Izreen akui pernah jalin hubungan istimewa dengan Johan

SATU pertemuan membabitkan Izreen Azminda, 26, dan Johan As’ari, 25, diaturkan petang Selasa lalu di Bangsar, Kuala Lumpur. Secara kebetulan Izreen bercuti daripada meneruskan baki penggambaran drama Tentang Dhia untuk TV3. Persetujuan awal sudah diberikan Izreen kerana dia mahu meluahkan segala-gala yang terbuku di hati.
Untuk berita lanjut dapatkan akhbar Berita Minggu hari ini.
Saya tak membenci dia (Johan). Cuma tak adil, untuk dia bersikap sebaliknya dengan tidak mengaku perkara sebenar. Terpulanglah kepada orang di luar sana untuk menilai apa yang saya ceritakan ini. Kebenaran hanya Tuhan, keluarga dan kawan terdekat yang mengetahui. - Izreen.








INFO menarik Izreen-Johan
  • Izreen tidak berkenan dengan perangai Johan ketika masing-masing berada di lokasi penggambaran drama Juvana. Namun, siapa sangka orang tak digemari itu akhirnya pernah berjaya menawan hatinya.

  • Izreen menafikan dirinya terlalu mengongkong Johan kerana hakikatnya dia cukup menjadi penyokong nombor satu kepada Johan. Izreen juga tak lokek berkongsi pengalamannya dengan Johan. 

  • Sebelum ini bukan Izreen tidak mahu mengakui cintanya dengan Johan, cuma dia berasakan masih terlalu awal untuk didedahkan. 
  • Kali terakhir Izreen berjumpa Johan sebelum pertemuan diaturkan B*POP ialah ketika sama-sama diundang ke sesi fotografi sebuah majalah pada 28 September lalu. Johan dikatakan tiba lewat dua jam dan pada masa sama Izreen juga terpaksa bergegas ke Tanjung Karang untuk melunaskan penggambaran drama Tentang Dhia. 

  • Ketika sesi fotografi itu, masing-masing pun kekok bergambar bersama kerana hubungan mereka disifatkan semakin renggang.

  • Selepas Aidilfitri, Izreen dan Johan jarang berinteraksi kerana masing-masing sibuk dengan jadual seni.

  • Malam sebelum pertemuan diaturkan B*POP berlangsung, Johan menghantar SMS kepada Izreen memberitahu dia tidak akan mengaku mereka pernah mempunyai hubungan istimewa.
  • Hubungan Izreen & Johan As’ari Tegang



    Izreen langsung tidak memandang wajah Johan sewaktu ditemubual oleh wartawan media elektronik di sesi ramah mesra Anugerah Skrin 2011 di One Utama, Sabtu. - Foto RAHMAN RAHIM
    Sesi ramah mesra antara artis dan peminat sempena Anugerah Skrin (ASK) 2011 yang bakal menjelma pada 4 November depan menjadi gamat apabila pasangan pelakon drama Juvana, Izreen Azminda, 26, dan Johan As’ari, 25, hadir ke One Utama, di sini, Sabtu.
    Kedua-dua pelakon itu mencuri tumpuan ramai memandangkan kedua-duanya diasak dengan persoalan cinta.
    Mereka dilihat tegang dan Izreen langsung tidak memandang wajah Johan sewaktu ditemubual oleh wartawan media elektronik.
    Ketika mendapatkan Izreen, dia akui sudah memutuskan hubungan cinta dengan Johan akibat terkilan dengan sikap lelaki itu yang enggan mengaku tentang status hubungan cinta mereka yang bermula pada Mei lalu.
    Suasana tegang berlaku di antara Izreen dan Johan sewaktu ditemubual.
    “Saya dan Johan sudah tiada apa-apa hubungan lagi apabila dia tidak mengaku kami bercinta.
    “Saya berasa tidak senang dengan kenyataannya seolah-olah kami tidak mempunyai apa-apa sedangkan sebelum ini dia pernah mengaku mencintai dan menyayangi saya melalui rakaman video, gambar dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
    “Saya rasa sudah cukuplah apa yang dilalui sebelum ini dan tidak mungkin akan kembali bercinta dengannya selepas ini,” kata Izreen dalam satu sidang media di One Utama.
    Selain itu, punca lain yang lebih menyakitkan hati Izreen apabila melihat gambar-gambar berdua-duaan melibatkan pelakon Fasha Sandha dengan bekas kekasihnya itu.
    Izreen difahamkan gambar tersebut diambil untuk tujuan promosi drama Cinta Elysa yang dilakonksn oleh Fasha dan Johan.
    “Saya tidak dapat menerima alasan gambar tersebut diambil bagi tujuan promosi kerana mengapa perlu mengambil banyak gambar setiap hari dan kemudian menyebarnya di Twitter,” ujarnya lagi.
    Bagaimanapun, Izreen akui bersalah kerana terlalu mengikut perasaan sehingga membuat pelbagai kenyataan negatif tentang Johan ketika ditemubual oleh media sebelum ini.
    “Saya mahu memohon maaf kerana saya agak emosional waktu itu. Biarpun sudah putus cinta, kami masih berkawan dan berharap semua orang faham tentang apa yang berlaku,” akuinya yang tidak mempunyai masalah untuk membuat sesi fotografi dan berlakon bersama-sama Johan jika ada permintaan.
    MStar