Showing posts with label Awie. Show all posts
Showing posts with label Awie. Show all posts

17 December 2011

Ella, Awie Kongsi Pentas Untuk Sebuah Konsert Rock


Ella teruja dapat bergandingan dengan Awie dalam sebuah konsert.
Ratu rock negara, Ella menyatakan rasa teruja apabila dapat berganding dengan vokalis kumpulan Wings, Awie dalam sebuah konsert pada Januari depan.
Ella berkata, walaupun telah lama mengenali Awie dan pernah membuat persembahan bersama, Konsert Awie dan Ella, Raja dan Ratu Malaysia itu adalah konsert pertama yang menggandingkan mereka berdua.
"Ella tidak berfikir panjang ketika menerima tawaran untuk menjayakan konsert ini bersama-sama Awie kerana ia adalah peluang besar untuk berganding dengannya dalam sebuah konsert yang sama," katanya ketika ditemui sidang media konsert berkenaan di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, Ella berkata, dia masih berbincang dengan pengarah muzik konsert itu, Edrie Hashim mengenai pemilihan lagu untuk dipersembahkan kerana terlalu banyak lagu yang diminati oleh peminat.
Ujarnya, dia perlu berhati-hati dalam memilih lagu yang akan dibawa kerana tidak mahu peminat berasa terkilan jika tidak menyanyikan lagu yang disukai mereka.
"Ella ada lagu yang diminati dan peminat ada lagu yang mereka inginkan. Jadi ia sedikit sukar," ujarnya.
Pun begitu, Ella berkata dia tidak akan melepaskan peluang untuk berduet dengan Awie menerusi lagu Baldu Biru yang sebelum ini tidak pernah dinyanyikan secara langsung di hadapan peminat.
"Selain Baldu Biru, Awie dan Ella akan menyanyikan beberapa lagu duet yang dipilih daripada koleksi lagu-lagu kami sendiri," ujarnya.
Konsert Awie dan Ella, Raja dan Ratu Malaysia bakal diingati oleh peminat.
Sementara itu, Awie menyifatkan konsert tersebut adalah sebuah pengiktirafan dan penghormatan daripada seorang rakan kepada seorang kawan yang lain.
Katanya, dia terharu apabila rakan baiknya, Hans Isaac sudi untuk menerbitkan konsert tersebut yang dianggap sebagai hadiah buat dirinya dan Ella.
"Ini adalah satu tanggungjawab besar buat saya dan Ella. Sudah pasti kami tidak akan mensia-siakan kepercayaan yang telah diberikan oleh Hans," ujarnya.
Konsert Awie dan Ella, Raja dan Ratu Malaysia akan diadakan selama empat hari bermula pada 12 Januari 2012. Dalam konsert itu sebanyak enam persembahan akan diadakan oleh mereka.
Memasang hasrat - Hans Isaac
Sementara itu Hans Isaac, mengakui teruja dapat menerbitkan sebuah konsert khas untuk dua rakan baiknya itu.
Hans berkata, dia telah lama memasang hasrat untuk menerbitkan sebuah konsert sejak menubuhkan syarikat produksi Tall Order Productions (TOP) lima tahun lalu.
"Selepas hampir lima tahun baru kini saya berpeluang menerbitkan sebuah konsert khas dan ia seperti melaksanakan sebuah impian.
"Tambah manis apabila konsert itu nanti bukan sahaja menampilkan dua legenda dan ikon dalam genre rock tetapi juga mereka adalah sahabat baik saya," ujarnya.
Dalam pada itu, Hans berkata, pemilihan Awie dan Ella adalah berdasarkan kekuatan mereka yang memberi impak kepada seluruh rakyat Malaysia dan masih digemari oleh peminat.
Hans berkata, Edrie Hashim akan mengetuai persembahan pada malam itu di samping Ujang Exists (drum), Ujang (gitar), Fly (bass), Amir Feerza (percussion), Kudin dan Jason Voo (keyboard).
"Semua pemuzik adalah yang terbaik dalam alatan masing-masing untuk persembahan itu nanti dan sudah pasti ia tidak akan mengecewakan," ujarnya.
Tiket untuk Konsert Awie dan Ella, Raja dan Ratu Rock Malaysia telah pun mula dijual pada 14 Disember dengan harga dari RM40 hingga RM450 dan tempahan tiket boleh dibuat melalui www.TICKET2U.BIZ atau boleh menghubungi 03-4147 8600.

15 December 2011

'Gaduh Kerana Kata-Kata Kesat'- Awie


Pelakon dan vokalis kumpulan Wings, Awie, mengakui pergaduhannya di sebuah kelab di Langkawi pada bulan lalu kerana perbuatan provokasi individu tertentu yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, pergaduhan tersebut berpunca apabila segelintir pengunjung enggan menghormati permintaannya agar tidak mengambil gambar dia di dalam kelab.
"Punca pergaduhan tersebut adalah kecil apabila saya enggan bergambar dengan mereka di dalam kelab. Saya beritahu kalau nak bergambar, ambil di luar kelab sahajalah tetapi mereka tidak hormat permintaan saya.
“Kerana tindakan itu mereka melakukan provokasi dengan mengeluarkan kata-kata kurang enak sehingga membangkitkan perasaan marah saya,” katanya.
Awie ditemui selepas pelancaran Konsert Awie dan Ella, Raja dan Ratu Rock Malaysia di Istana Budaya di sini, pada Rabu.
Konsert berkenaan akan diadakan selama empat hari bermula pada 12 Januari 2012.
Dalam pada itu, Awie menafikan dakwaan dalam sebuah blog hiburan yang mengatakan dia dipukul teruk namun mengakui ada berlaku pergaduhan antara dia dengan beberapa pengunjung di luar kelab itu.
"Kira-kira 30 orang telah datang untuk menyerang saya di luar kelab tetapi mereka tidak berjaya menyentuh saya dan disebabkan itu mungkin mereka lebih berang terhadap saya.
"Anda (wartawan) boleh melihat sendiri tidak ada satu lebam pun berada di badan atau muka saya, jadi laporan mengatakan saya dibelasah teruk adalah tidak benar," ujarnya.
Sementara itu, kata Awie, dia kesal apabila ada pihak luar campur tangan dalam kejadian tersebut dan menganggap pihak yang menyerangnya mempunyai motif tersendiri.
"Kelab berkenaan mempunyai sekuriti yang saya yakin boleh meleraikan pergaduhan antara kami tetapi mengapa perlu melibatkan orang luar dalam kejadian itu?
"Saya tidak faham motif mereka melakukan perbuatan itu terhadap saya kerana kunjungan saya ke sana bukan untuk mencari masalah dengan sesiapa," ujarnya.
Awie berkata, pergaduhan itu selesai apabila dia dibawa ke balai polis berdekatan namun tiada sebarang laporan polis dibuat oleh kedua-dua belah pihak.
Ditanya mengapa dia ke Langkawi Awie memberitahu, tujuannya ke pulau itu untuk melihat sebidang tanah yang dibelinya beberapa tahun lalu selain mendapat undangan membuat persembahan di kelab berkenaan.
Terdahulu, sebuah blog hiburan melaporkan Awie ke Pulau Langkawi untuk menghadiri satu mesyuarat anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan menghabiskan masa di kelab berkenaan bersama pengawal peribadinya sebelum berlakunya pergaduhan.

04 December 2011

MJL lakonan terbaik Hans



TROFI ANUGERAH
Barisan trofi yang pernah dimenangi membuktikan seseorang itu ada pencapaian dalam bidang yang diceburi. Hans juga tidak terkecuali, bagaimanapun setiap kali memandang trofi yang terhias gah dalam pejabatnya, mindanya pasti diisi dengan visual kaki tangan, rakan-rakan serta teman dalam industri."Macam trofi Pengarah Harapan, saya nampak kawan-kawan saya, Afdlin dan Harith yang selalu tanya bila saya mahu mengarah, bila mahu mengarah. Tengok trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pula, saya akan nampak muka Afdlin, dia pengarah saya dalam filem itu," beritahu Hans.


MATANYA galak bercerita. Manik-manik jernih di bibir matanya beria-ia mahu mendirikan falsafah kerjaya anak wayang bernama Hans Isaac. "Potensi diri harus ditingkatkan setiap masa, bukan untuk kepuasan peribadi tetapi untuk kepuasan dan potensi semua (kru) yang terlibat," cerita Hans tentang penghujung kalendar 2011 yang padat agenda.
Bersisa tiga minggu sebelum bunga api 2012 dinyalakan, Hans teruja berkongsi khabar tentang produk wayang lakonannya yang sudah seminggu berada di pawagam.
Filem bertajuk Misteri Jalan Lama (MJL) itu merupakan buah tangan Afdlin Shauki. Dalam naskhah itu, Vanidah Imran dan Que Haidar ditugaskan mengisi kelainan.
Hans menggalas watak Indra, abang kepada Ilya (lakonan Que). Filem bergenre drama fantasi itu dikatakan paling berkarakter dari segi stail serta fizikal dan menyakinkan penonton terhadap watak dan perwatakan yang dimainkan.
Dalam MJL, Hans melakonkan watak anak sekali gus abang yang tidak mempedulikan soal keluarga.
"Ada memuji itu lakonan saya yang paling mantap. Bagi saya, penonton ialah juri yang paling jujur dan berhak menilai persembahan saya," jelas Hans di sebalik sambutan sederhana sepanjang MJL ditayangkan.
SAHABAT DAN KRONI
Kalau sudah namanya filem, teater atau konsert yang diterbitkan oleh Hans Isaac, nama-nama seperti Afdlin Shauki, Harith Iskandar mahupun Awie sudah menjadi artis residen atau kroni di rumah produksi miliknya."Jangan kata saya sahaja yang ada kroni, rasanya rata-rata antara kita semua ada keselesaan tersendiri untuk bekerjasama dengan orang yang kita percaya. Saya tidak akan kerja dengan orang yang tidak pandai memberi penghormatan terhadap orang lain," getusnya yang mengakui, Awie, Afdlin dan Harith Iskandar sebagai tiga sahabat yang mengenalinya luar dan dalam.


Tambah Hans, dia tidak tahu mengapa filem itu gagal menarik penonton.
"Mungkin untuk sesebuah filem Melayu, genre fantasi masih belum betul-betul dapat diterima oleh penonton. Rasanya, kejayaan filem di pawagam juga bergantung kepada tuah.
"Saya harap, MJL akan dapat ditonton secara lebih meluas apabila diserap masuk untuk tayangan di Astro First tidak lama lagi. Sudah ada yang bertanyakan bila agaknya MJL akan masuk Astro First. Bagaimanapun, saya harus tabik Tayangan Unggul kerana berani menerbitkan filem yang berlainan genre," kata Hans.