Showing posts with label Neelofa. Show all posts
Showing posts with label Neelofa. Show all posts

02 February 2012

Gambar Neelofa Di Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26)



Tergoda bila tengok gambar Neelofa di Anugerah Juara Lagu 26 yang lalu.Sangat cantik dan kelihatan Neelofa sangat sesuai dengan pakaian beliau. Pakaiannya juga sepertinya menarik perhatian ramai. Bertulisan atau lebih diilustrasikan sebagai pakaian tampalan kertas. Memang unik dan jarang dipertontonkan. 

  

01 February 2012

Neelofa Minta Tidak Dibandingkan Dengan Ogy


Neelofa 
Pelakon jelita Neelofa berharap penonton akan lebih bertimbang rasa dalam menilai kemampuannya menggalas watak Azura menerusi filem Azura 2012 berbanding lakonan Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) dalam filem tersebut terbitan 1984.
Neelofa berkata walaupun dia sudah menjangkakan perbandingan pasti akan berlaku, dia tetap berharap penonton akan bersikap adil kepadanya kerana watak itu adalah percubaan sulungnya dalam dunia lakonan.
"Perbandingan lakonan saya dan Ogy adalah sesuatu yang sudah dijangkakan dari awal lagi apabila saya menerima tawaran ini.
"Sebab itu saya sudah bersedia untuk dikritik dan dinilai oleh penonton yang sudah menonton kedua-dua versi filem ini," katanya ketika ditemui selepas pra-tonton filem itu di GSC One Utama, di sini, Isnin.
Ujar Neelofa, sebagai pendatang baru adalah tidak adil jika penonton menghukum atau memperlekehkan percubaannya menggalas watak itu tanpa memberikan peluang terlebih dahulu.
"Saya begitu sedar watak Azura sangat besar dan keramat kerana impak lakonan yang ditinggalkan oleh Ogy.
"Saya sudah berusaha untuk memberikan penghayatan terbaik tanpa asas dan pengalaman lakonan di dada.
"Tidak adil jika orang membandingkan lakonan saya dengan Ogy kerana beliau hebat dan berpengalaman berbanding pelakon baru seperti saya," katanya.
Neelofa berkata jika dilihat pada sudut positif, cabaran dan kesulitan menggalas watak itu sangat berguna dan baik untuk perkembangan kerjaya lakonannya.
"Selain menjadi profil yang bagus untuk saya, ilmu dan pengalaman dalam menjayakan watak ini sangat berguna bagi memantapkan mutu lakonan.
"Saya berharap ia akan jadi platform yang baik bagi perkembangan karier lakonan," katanya.
Selain Neelofa dan gandingannya Shahrizal Jaszle sebagai Zek, filem arahan Aziz M. Osman itu turut dibintangi Afdlin Shauki, Erma Fatima, Afida Es dan Nini Marlini.
Filem tersebut bukan filem versi baru (remake) tetapi hanya diadaptasi daripada konsep dan idea asal filem 1984 itu dengan olahan berbeza dan mengikut peredaran semasa.
Lakonan Neelofa dalam filem tersebut agak mengejutkan apabila beberapa pihak melihat pelakon itu gagal menghayati watak yang diberikan dengan baik.
Azura 2012 akan ditayangkan kepada umum bermula Khamis ini di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura

16 January 2012

Neelofa Sahkan Tiada Hubungan Cinta Dengan Hans Isaac



Neelofa
Pelakon jelita Neelofa mengesahkan tidak menjalin hubungan istimewa dengan aktor dan penerbit Hans Isaac seperti yang didakwa oleh banyak pihak sebelum ini.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 23, berkata keakraban di antara mereka yang sering dilihat bersama di depan khalayak hanya berlandaskan hubungan sesama rakan artis tanpa membabitkan soal hati dan perasaan.
“Saya tidak nafikan kami memang rapat dan kerap berjumpa dan keluar bersama tapi ia hanya hubungan biasa. Saya tidak pasti mengenai reaksi dan pemahaman Hans tentang keakraban kami.
“Sebagai wanita, saya akui selesa dengannya. Bagi pihak saya, tiada apa yang serius pada waktu ini, apatah lagi yang membabitkan soal hati dan perasaan,” katanya kepadamStar Online, baru-baru ini.
Neelofa yang menolak dakwaan bahawa gosip tersebut hanyalah gimik publisiti filem terbarunya Lemak Kampung Santan, berkata walaupun mereka serasi berkawan, dia enggan mengulas lanjut sama ada hubungan itu akan bertukar menjadi lebih serius atau sebaliknya.
“Saya senang berkawan dengannya tetapi itu tidak bermakna ia akan menjadi hubungan yang lebih serius kerana banyak perkara yang perlu dipertimbangkan terlebih dahulu.
“Saya berharap masyarakat akan faham dengan penjelasan ini sebagaimana Hans memahami keputusan saya,” katanya.
Terbaru, Neelofa bakal bersaing dengan aktres Izara Aisyah, Nur Fathia Latiff, Tasha Shilla dan penyanyi Najwa Latif dalam senarai Top 5 kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang popular Berita Harian ke-25 (ABPBH25) pada 8 April depan.

13 November 2011

Artis di AIM18


Gambar Neelofa Cantik Sangat di AIM18
Neelofa
Neelofa
Neelofa
Neelofa
Neelofa
Neelofa
Neelofa
Neelofa
Neelofa

Gambar Sarimah Ibrahim di Karpet Biru AIM18
Sarimah
Sarimah
Sarimah
Sarimah
Sarimah
Sarimah
Sarimah



Gambar Chomell Fana di Karpet Merah AIM18 2011. Wow sangat seksi dan berani. Tapi elegan!
Chomell Fana
Chomell Fana
Chomell Fana
Chomell Fana
Chomell Fana
Chomell Fana



Gambar Awal Ashaari di Karpet Biru AIM 18
Awal Ashaari turut ditugaskan untuk menjadi hos karpet biru AIM18. Good job, Awal!
Awal Ashaari
Awal Ashaari
Awal Ashaari
Awal Ashaari
Awal Ashaari



Gambar Ziana Zain di Anugerah Industri Muzik 18
Rekaan Rizman Ruzaini. Lawa siot!
Ziana Zain
Ziana Zain
Ziana Zain
Ziana Zain
Ziana Zain
Ziana Zain
Ziana Zain
Ziana Zain
Ziana Zain



Ini gambar Yuna semasa melintasi karpet biru AIM18
Yuna
Yuna
Yuna
Yuna
Yuna
Yuna



Gambar Shila Amzah di Anugerah Industri Muzik 18
Serba kuning, nampak glamor dan elegan bak bidadari, penyanyi Patah Seribu mengenakan rekaan dari pereka Syahrir Nurdin. Amcam ada berani?
Shila Amzah
Shila Amzah
Shila Amzah
Shila Amzah
Shila Amzah
Shila Amzah



Gambar Amanda Imani di Karpet Merah AIM18
Rekaan dari pereka yang pernah bikin kontroversi dengan rekaan seksi dan panasnya untuk Miera Liyana, siapa lagi kalau bukan Wan Huzairil. Tapi kali ini busana dress direka untuk penyanyi Amanda Imani. Tidaklah seseksi rekaan sebelum ini tapi tetap elegan dan gaya one shoulder.
Amanda Imani
Amanda Imani
Amanda Imani
Amanda Imani
Amanda Imani
Amanda Imani
Amanda Imani



Gambar Najwa Latif di Anugerah Industri Muzik 18
NAJWA LATIF
NAJWA LATIF
NAJWA LATIF
NAJWA LATIF
NAJWA LATIF


Sumber Budiey