16 January 2012

Neelofa Sahkan Tiada Hubungan Cinta Dengan Hans Isaac



Neelofa
Pelakon jelita Neelofa mengesahkan tidak menjalin hubungan istimewa dengan aktor dan penerbit Hans Isaac seperti yang didakwa oleh banyak pihak sebelum ini.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 23, berkata keakraban di antara mereka yang sering dilihat bersama di depan khalayak hanya berlandaskan hubungan sesama rakan artis tanpa membabitkan soal hati dan perasaan.
“Saya tidak nafikan kami memang rapat dan kerap berjumpa dan keluar bersama tapi ia hanya hubungan biasa. Saya tidak pasti mengenai reaksi dan pemahaman Hans tentang keakraban kami.
“Sebagai wanita, saya akui selesa dengannya. Bagi pihak saya, tiada apa yang serius pada waktu ini, apatah lagi yang membabitkan soal hati dan perasaan,” katanya kepadamStar Online, baru-baru ini.
Neelofa yang menolak dakwaan bahawa gosip tersebut hanyalah gimik publisiti filem terbarunya Lemak Kampung Santan, berkata walaupun mereka serasi berkawan, dia enggan mengulas lanjut sama ada hubungan itu akan bertukar menjadi lebih serius atau sebaliknya.
“Saya senang berkawan dengannya tetapi itu tidak bermakna ia akan menjadi hubungan yang lebih serius kerana banyak perkara yang perlu dipertimbangkan terlebih dahulu.
“Saya berharap masyarakat akan faham dengan penjelasan ini sebagaimana Hans memahami keputusan saya,” katanya.
Terbaru, Neelofa bakal bersaing dengan aktres Izara Aisyah, Nur Fathia Latiff, Tasha Shilla dan penyanyi Najwa Latif dalam senarai Top 5 kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang popular Berita Harian ke-25 (ABPBH25) pada 8 April depan.

No comments:

Post a Comment