Showing posts with label Yuna. Show all posts
Showing posts with label Yuna. Show all posts

29 January 2012

Anak muda meluas empayar



KINI anggota Bunkface, (dari kiri) Paan, Sam dan Youk boleh berbangga dengan premis perniagaan mereka.


SEDAR masa depan tidak boleh diletakkan sepenuhnya pada penjualan album, semakin ramai pemuzik muda tempatan yang membuka perniagaan sendiri. Antaranya ialah grup Bunkface, Hujan dan penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna.
Buat Bunkface, BF Rock Station yang didirikan di SS15, Subang Jaya, Selangor adalah satu lagi buah tangan mereka setelah beberapa tahun mengumpulkan wang. BF Rock Station merangkumi produksi televisyen dan studio jamming.
"Tahun ini kami membuka studio jamming dulu. Ia juga membolehkan kami melakukan latihan pada bila-bila masa.
"Mengikut perancangan, tahun hadapan pula kami akan mempunyai studio rakaman di tempat yang sama.
"Produksi televisyen BF Rock Station diuruskan oleh Shawn Amer. Kami telah menerbitkan dua buah program iaitu Bunkface Di Hong Kong dan akan datang adalah Bunkface Di Jakarta," ujar Youk.
Peribadi
"Kami bercadang untuk membuka BF Rock Station sejak tahun lalu. Selepas berdepan pelbagai dugaan, akhirnya terlaksana juga impian kami," tambah Sam.
Dibuka kepada khalayak pada 17 Januari lalu, Bunkface yang digawangi oleh Paan (gitar), Sam (vokal) dan Youk (bass) mengumumkan bahawa mereka turut menjual barangan seperti topi, baju dan lencana di premis yang terletak di 9-1, SS15/8B, Subang Jaya itu.
"Idea dan inspirasi datang daripada grup Hujan dan beberapa grup lain yang sudah keluar dengan barangan sendiri.
"Sebelum ini kami hanya menjual barangan kami di tapak persembahan. Kini kami sudah ada BF Rock Station yang merupakan ibu pejabat kami dan tempat kami menjual barangan Bunkface," ujar Paan lagi sambil menyatakan konsep BF Rock Station adalah mengikut album pertama mereka, Phobia Phoney.
"Kami memulakan operasi pada pukul 10 pagi hingga 2 pagi. Di sini para peminat Bunkface atau pembeli boleh mendapatkan barangan Bunkface seperti baju, seluar, topi, jam tangan dan pelbagai barangan cenderamata lain.
"Ada juga baju T yang kami beli di luar negara. Harganya berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua," ujar Rafi, pengurus Bunkface. Pembeli boleh menghubungi talian 03-5611 3939 untuk pertanyaan atau tempahan.
"Bercakap tentang rekaan, kami tidak buat sendiri sebaliknya kami melantik ejen untuk menghasilkan rekaan pakaian yang dimahukan.
STUDIO jamming juga disediakan di BF Rock Station


"Satu lagi keistimewaan BF Rock Station ialah peminat berpeluang mendapatkan beberapa barangan peribadi Bunkface.
"Buat masa ini kami ada sebuah gitar dan papan luncur air yang boleh dijadikan koleksi," ujar Paan yang merupakan 'bendahari' grup ini.
Bukan setakat memberi fokus terhadap perjalanan grup yang kini terkenal dengan lagu Panik, Bunkface juga sudah menentukan rancangan masa depan mereka.
"Selain itu, kami juga membuka syarikat pengurusan bakat yang dinamakan BF Talent Management untuk mencari bakat baharu yang mahu bernaung di bawah syarikat kami.
"Ini adalah cara kami membantu rakan-rakan pemuzik di luar sana yang mungkin tidak tahu lorong yang betul untuk masuk ke dalam indsutri hiburan," tambah Paan yang mengundang ibunya ke pelancaran BF Rock Station baru-baru ini.
"Bunkface ingin mencari bakat muda yang membawa muzik yang segar. Paling penting, mesti ada faktor X yang boleh membuatkan mereka pergi jauh.
"Tidak kisahlah apa genre muzik yang mereka bawakan asalkan individu atau kumpulan itu benar-benar berbakat," ujar Youk pula.
Album
Banyak memberi fokus kepada perjalanan BF Rock Station yang menelan belanja RM200,000, grup yang berasal dari Klang, Selangor ini juga sibuk merencana album dan perjalanan muzik mereka.
Panas seketika dengan kes lagu Panik yang digam stesen RTM, itu adalah musibah yang tidak mengganggu misi dan visi mereka.
"Kami akan merakamkan album penuh pada bulan April atau Mei nanti. Di samping itu, kami juga akan menerima tawaran daripada syarikat Aquarius dari Jakarta.
ANTARA barangan yang terdapat di BF Rock Station.


"Setakat ini, grup ini masih berbincang soal bajet dan beberapa perkara yang sesuai dengan perjalanan Bunkface.
"Apa yang penting, kami mahu menjelajah Indonesia dengan muzik kami," ujar Paan mewakili Bunkface yang mahu keluar dengan album baharu yang mengandungi 13 buah lagu dan berteraskan lirik yang biasa mereka lakarkan.
"Kita tetap akan keluar dengan lirik-lirik yang ada unsur perjuangan. Single terbaharu yang dikeluarkan adalah Kita Perang Kita Menang. Kami hanya bersikap jujur dalam penulisan," terang Sam atau nama sebenar Shamsul Anuar.

01 December 2011

Yuna Tidak Menyesal Jika Gagal Di Amerika


Yuna.
Penyanyi bertaraf antarabangsa, Yunalis Zarai menjelaskan dia tidak menyesal jika usahanya menjadi seorang penyanyi di Amerika Syarikat menemui kegagalan.
Yuna berkata, dia tidak terlalu meletakkan harapan tinggi untuk diterima baik oleh penggemar muzik di sana kerana persaingan cukup hebat disana.
"Saya sendiri sehingga kini masih tidak percaya berpeluang mengembangkan bakat di sana sekaligus dapat menerbitkan album bersama produser terkenal seperti Pharell williams.
"Tetapi saya tidak akan menyesal jika usaha membina nama disana tidak menjadi kerana sekurang-kurangnya saya telah mencuba," ujarnya ketika ditemui pada majlis Malam Mesra Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) 2011 di sini, Selasa.
Ujarnya, atas dasar itu juga dia masih berulang alik dari Kuala Lumpur ke Amerika kerana tidak mahu meninggalkan terus industri muzik tempatan yang telah banyak menaikkan namanya.
Tambahnya, peminat di tanah air yang banyak menyokongnya juga menjadi inspirasi untuk terus berkarya untuk mereka.
"Saya suka menulis lirik dan mencipta lagu, itu adalah minat saya jadi saya akan terus membuat apa yang saya cintai untuk semua peminat saya," ujarnya.
Sementara itu, Yuna memberitahu album pertamanya di Amerika akan dilancarkan pada Mac tahun hadapan dan berharap ia akan diterima baik oleh peminat.
"Proses rakaman hampir selesai dan InsyaAllah single pertama akan dilancarkan sebelum album penuh. Saya sangat teruja," ujarnya.
Katanya lagi, dia juga akan kembali ke Amerika Syarikat dalam masa terdekat kerana akan membuat persembahan pada program MTV Iggy yang akan berlangsung di New York.

25 November 2011

Lagu Terbaik AIM18: 'Sedetik Lebih' Ganti 'Penakut'


Yuna tidak serik bersaing di AIM
Lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain, ciptaan Edry Abdul Halim diumumkan sebagai Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke 18 menggantikan lagu Penakut komposer dan nyanyian oleh Yuna.
Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur AIM 18 dari Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim berkata terdapat kesilapan pengiraan undi dibuat oleh juruaudit luar rasmi, AIM 18, Ernst & Young yang mengakibatkan kesilapan pengumuman pemenang pada malam, 12 November lalu.
"Lagu Penakut oleh Yuna, telah tersilap ditentukan sebagai pemenang bagi kategori Lagu Terbaik berdasarkan markah tertinggi yang diberikan oleh hakim-hakim bagi 20 buah lagu yang terdiri daripada 5 calon tertinggi dari sub-kategori iaitu Lagu Pop Terbaik, Lagu Rock Terbaik, Lagu Pop Etnik Terbaik dan Lagu Nasyid Terbaik.
"Mengikut kriteria yang ditetapkan oleh RIM, pemenang Lagu Terbaik mestilah merupakan salah satu pemenang bagi empat anugerah sub-kategori tersebut dan atas dasar itu pemenang lagu terbaik AIM 18 sepatutnya adalah Sedetik Lebih oleh Anuar Zain," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pembetulan bagi anugerah Lagu Terbaik AIM 18, di sini, Khamis.
Tambah Rosmin, pembetulan ini adalah bagi memastikan integriti anugerah AIM dapat dipelihara dan pihaknya turut memohon maaf kepada Yuna, Edry dan Anuar Zain atas kesilapan tersebut.
"Pembetulan ini bagi memelihara integriti dan kredibiliti AIM sendiri dalam memastikan keputusan yang dilakukan tepat, kami juga memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami" ujarnya.
Sementara itu, Yuna mengakui terkejut dengan perkara tersebut, namun menghargai usaha penganjur AIM untuk membetulkan kesilapan yang berlaku.
"Saya tidak rasa malu atau serik untuk menyertai AIM pada masa akan datang kerana bagi saya mereka telah berusaha memperbetulkan keadaan sebenar.
"Saya juga tidak rasa perkara ini akan menjejaskan reputasi saya sebagai seorang penyanyi baru," katanya.
Manakala Edry menerima keputusan ini dengan terbuka biarpun telah menerima kemenangan Yuna sebagai pemenang kategori tersebut.
"Saya amat berbangga dengan Yuna dan pencapaiaan tempatan dan luar negara beliau sebagai seorang penghibur dan kemenangan tersebut juga layak untuk lagu beliau.
"Namun kami menerima penghargaan ini dengan hati yang terbuka dan berharap kejadian seperti ini tidak berlaku pada masa akan datang," katanya.
Dalam pada itu, RIM akan menganjurkan forum AIM terbuka pada 6 Disember depan untuk ahli-ahli industri muzik dan media hiburan memberi sebarang komen dan maklum balas bagi tujuan mempertingkatkan mutu penganjuran anugerah berprestij itu untuk masa akan datang.
Mstar

13 November 2011

Artis di AIM18


Gambar Neelofa Cantik Sangat di AIM18
Neelofa
Neelofa
Neelofa
Neelofa
Neelofa
Neelofa
Neelofa
Neelofa
Neelofa

Gambar Sarimah Ibrahim di Karpet Biru AIM18
Sarimah
Sarimah
Sarimah
Sarimah
Sarimah
Sarimah
Sarimah



Gambar Chomell Fana di Karpet Merah AIM18 2011. Wow sangat seksi dan berani. Tapi elegan!
Chomell Fana
Chomell Fana
Chomell Fana
Chomell Fana
Chomell Fana
Chomell Fana



Gambar Awal Ashaari di Karpet Biru AIM 18
Awal Ashaari turut ditugaskan untuk menjadi hos karpet biru AIM18. Good job, Awal!
Awal Ashaari
Awal Ashaari
Awal Ashaari
Awal Ashaari
Awal Ashaari



Gambar Ziana Zain di Anugerah Industri Muzik 18
Rekaan Rizman Ruzaini. Lawa siot!
Ziana Zain
Ziana Zain
Ziana Zain
Ziana Zain
Ziana Zain
Ziana Zain
Ziana Zain
Ziana Zain
Ziana Zain



Ini gambar Yuna semasa melintasi karpet biru AIM18
Yuna
Yuna
Yuna
Yuna
Yuna
Yuna



Gambar Shila Amzah di Anugerah Industri Muzik 18
Serba kuning, nampak glamor dan elegan bak bidadari, penyanyi Patah Seribu mengenakan rekaan dari pereka Syahrir Nurdin. Amcam ada berani?
Shila Amzah
Shila Amzah
Shila Amzah
Shila Amzah
Shila Amzah
Shila Amzah



Gambar Amanda Imani di Karpet Merah AIM18
Rekaan dari pereka yang pernah bikin kontroversi dengan rekaan seksi dan panasnya untuk Miera Liyana, siapa lagi kalau bukan Wan Huzairil. Tapi kali ini busana dress direka untuk penyanyi Amanda Imani. Tidaklah seseksi rekaan sebelum ini tapi tetap elegan dan gaya one shoulder.
Amanda Imani
Amanda Imani
Amanda Imani
Amanda Imani
Amanda Imani
Amanda Imani
Amanda Imani



Gambar Najwa Latif di Anugerah Industri Muzik 18
NAJWA LATIF
NAJWA LATIF
NAJWA LATIF
NAJWA LATIF
NAJWA LATIF


Sumber Budiey