Bukanlah AC Mizal pernah menghilang kemana mana tetapi ini adalah kembali’nya AC Mizal ke dalam bidang perniagaan dengan model yang baru — kedai serbaneka.
Ya adik adik & abang abang sekalin, AC Mizal cuba untuk jadikan franchise kedai serbaneka seperti sebuah perniagaan MLM yang pernah beliau pelopori dahulu.
Selepas isu perniagaan gelang magnetik beliau tidak selesai sehingga hari ini, AC Mizal nampak tidak serik untuk memulakan perniagaan baru — usaha & sifat yang perlu mendapat kredit sewajarnya.
Kini bersama AC Living Large, AC Mizal membuka satu cabang perniagaan lain dengan memperkenalkan pakej untuk rakan niaga membuka kedai serbaneka yang di’beri nama M7.
Tetapi yang menariknya, AC Mizal dengan aktif mencari rakan perniagaan baru untuk melabur dalam perniagaan kedai serbaneka beliau melalui Twitter.
Ini termasuk tindakan bertanya melalui Twitter kepada nama nama besar seperti Amy Search, Afdlin Shauki & Saiful Apek.
Wahai AC Mizal, perniagaan anda nilai berjuta, angkat telefon tanya khabar, ajak minum kopi mahal baru sembang isu niaga. Ini melalui Twitter, nampak cheap!
Untuk anda yang berminat untuk menyertai perniagaan baru AC Mizal ini, pandai pandai’lah cari nombor untuk di’hubungi. Dan, selamat maju jaya. Jangan lupa gadai tanah pusaka. Peace out!
Kredit Rotikaya
No comments:
Post a Comment