23 October 2011

Anzalna gagal jadi guru tadika


ANZALNA NASIR akan berkolaborasi bersama Mamat, Shuib dan Jep dalam Sepah The Movie.
PUCUK muda, Anzalna Nasir, 23, semakin mekar menjadi bunga baru penyeri pentas hiburan. Hadir dengan pakej secukup rasa, namanya deras memasuki dunia hiburan tempatan. 

Bertapak melalui Dewi Remaja 2010/2011, kerja peragaan menjadi pengisi karier sebelum dia disambar penerbit drama dan filem.

Terlihat wajahnya dalam beberapa drama seperti Suria Di Cordoba, Ramadan Terakhir dan Gemersik Kalbu, terbaru, Anzalna, akhirnya bergelar bintang filem apabila diberi watak heroin dalam filem sulungnya, Sepah The Movie.
Baru menjejakkan kaki pada hari pertama penggambaran Sepah The Movie di Johor Bahru pada Khamis lalu, anak kedua daripada lima beradik itu berusaha mengenepikan rasa gentar.
"Saya rasa pengarah filem Sepah The Movie, Roslin seorang yang serius dengan tugasnya. Tengok muka dia pun saya sudah rasa gerun tapi bila sesekali tengok dia senyum, saya cuba tenangkan hati. Saya langsung tiada pengalaman berlakon depan kamera filem. Mujurlah babak saya tidak terlalu banyak," katanya yang membawa watak Ayu Sofea dalam filem yang dibintangi Shuib, Jep dan Mamat itu.
Kosmo!

No comments:

Post a Comment