PENGANTIN baharu, Heykal dan Faezah percaya bahawa jodoh mereka adalah ketentuan Ilahi.
BENARLAH, jodoh itu antara rahsia Allah Yang Maha Esa. Kejian dan
cacian bahkan bermacam kata nista dilemparkan kepadanya, namun atas
kekuatan pertemuan yang telah tersurat, pelakon popular, Faezah Elai,
29, akhirnya sah bergelar isteri kepada pengarah drama, Heykal Hanafiah,
38.
Hanya sekali lafaz dan mas kahwin sebanyak RM1,001, majlis akad nikah
yang disaksikan kira-kira 300 jemputan itu menjadi detik paling
berharga buat Faezah sebagai wanita.
Pasangan itu memilih untuk merahsiakan jumlah hantaran yang diterima.
Buku lama juga ditutup kerana di hadapan sudah terbentang fasa baru
yang harus diinjak penuh kerelaan.
Faezah sedar, kehidupan mereka akan terus diperhatikan kerana lelaki
yang dinikahi itu pernah berkahwin dan bercerai sebelum ini.
"Niat kami baik. Semoga perkahwinan ini menjadi yang terbaik buat
kami," kata Faezah dengan wajah berseri-seri bersalut gaun perkahwinan
bernilai kira-kira RM9,000 rekaan pereka fesyen popular, Hatta Domalt.
Sesuatu yang jelas, Faezah, nekad mahukan sebuah kehidupan berkeluarga, menjadi isteri mithali dan hidup bahagia.
"Bila sudah bergelar isteri, mungkin satu hari nanti saya akan tampil
dengan imej bertudung, tapi bukan sekarang. Soal hubungan dengan
anak-anak Heykal hasil perkahwinan pertamanya, saya tiada masalah dan
sedia berbaik-baik dengan mereka," katanya.
Selepas ini, majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 3
Disember di Sungai Ara, Pulau Pinang. Sementara itu pada 4 Disember
pula kedua-dua mempelai akan mengadakan majlis resepsi bertemakan
persandingan tepi pantai di sebuah hotel di Pulau Pinang.
Sensasi Bintang: Segalanya berjalan mengikut perancangan malah semua
kontroversi selama ini juga sudah berakhir, apa yang boleh kalian
luahkan?
HEYKAL (H): Ya, perkahwinan kami sudah tersurat dan sebagai
hamba-Nya, kita harus akur dengan kuasa jodoh. Ada orang bercinta dan
mengharapkan perkahwinan tetapi jika tiada jodoh tetap tak jadi kahwin.
Saya tidak mahu mengeluarkan kenyataan yang mengaibkan sesiapa. Apa yang
boleh saya katakan, kami sangat bersyukur. Jika selama ini saya ambil
sikap berdiam diri dalam banyak hal, selepas ini, rasanya saya perlu
masuk campur jika ada pihak yang masih mahu menjatuhkan isteri saya.
FAEZAH (F): Saya harap segala cerita lama sudah boleh boleh ditutup
dan tak perlu lagi dibangkit-bangkitkan. Kami sudahpun berkahwin.
Kenapa jumlah hantaran masih dirahsiakan?
F: Kami ada alasan peribadi, bagaimanapun jumlah itu akan diumumkan juga menjelang majlis resepsi pada bulan Disember nanti.
Memandangkan Heykal adalah pengarah drama, adakah Faezah akan menjadi pelakon tetap anda selepas ini?
H: Jangan cepat buat andaian, semua itu bergantung kepada watak.
Mungkin boleh kongsikan sedikit detik indah bagaimana hubungan ini bermula?
F: Saya masih ingat lagi, kami mula rapat semasa penggambaran drama
bersiri Asmara 2. Heykal lamar dan pertama kali meluahkan ungkapan 'I
love you' kepada saya semasa kami dalam perjalanan pulang selepas keluar
menonton wayang.
Kenapa Heykal menjadi lelaki pilihan awak untuk dijadikan calon suami?
F: Saya fikir kami ada ikatan yang cukup serasi, selain ambil berat
dan romantik orangnya, kami berasal dari negeri yang sama, budaya,
percakapan dan berkongsi makanan kegemaran yang sama. Saya senang dan
selesa dengannya.
Heykal pula, kenapa memutuskan untuk berkahwin dengan Faezah?
H: Dia mudah rapat dengan ahli keluarga dan adik beradik saya padahal
kami baru kenal. Itu yang buat saya berkenan dengan sikapnya.
Kosmo!
No comments:
Post a Comment