|
Mula dikenali menerusi filem Aku Tak Bodoh dan baru-baru ini banyak
mencuri perhatian dengan drama bersiri Ramadan Terakhir, jejaka
kelahiran Rengit, Johor ini semakin laris diulit tawaran.
"Syukur, setakat ini jadual lakonan saya semakin padat. Bermula 15
September nanti, saya akan masuk ke lokasi penggambaran filem keempat
saya, Super Duper Lover, terbitan MIG.
"Dalam pertengahan penggambaran filem itu nanti, saya juga harus
berkejar ke lokasi drama bersiri Klik yang masuk musim kedua," katanya
yang masih bawah naungan pengurusan MIG.
BINA BADAN
Rasanya saya masih dalam kategori lelaki berbadan sederhana. Saya
cuma akan ke gim jika ada tuntutan watak yang mahukan penampilan lebih
berisi otot atau sebaliknya. Kalau badan terlalu besar atau penuh
berotot juga rasanya tidak begitu bagus untuk seseorang pelakon, nanti
sukar untuk mendapat tawaran watak yang lebih bervariasi.
PELAKON KANAK-KANAK
Khalayak yang banyak menyuarakan pandangan, bertanya kenapa saya
asyik dapat watak remaja atau pelajar sekolah. Padahal, saya sudah
berusia 20-an. Mungkin sebab badan saya tidak begitu besar dan wajah
nampak macam remaja. Dalam drama Klik yang akan datang, saya menjadi
pelakon paling berusia di kalangan pelakon-pelakon lain. Bagaimanapun,
saya okey, bagi saya itu semua rezeki. Dalam Ramadan Terakhir, kiranya
watak saya yang paling berbeza, lebih matang berbanding watak lain.
JANGKA HAYAT SENI
Saya hanya benar-benar aktif berlakon sejak 2010, masih baru. Tapi
saya percaya, masa depan ada untuk saya dalam bidang ini. Jika saya
fokus, tidak lupa diri dan usaha bersungguh-sungguh, saya juga boleh
berjaya.
BOLA ATAU BADMINTON
Jika diberi pilihan untuk tengok bola atau badminton, tentunya saya
pilih bola. Kalau bab pasukan pilihan, saya penyokong Manchester United
(MU), sebab skil serta pemain kelab itu memang bagus, lagipun
kawan-kawan saya kebanyakan peminat MU.
MOMEN 1 SYAWAL
Saya paling terkesan apabila semua ibu serta bapa saudara saya
semuanya ambil berat pasal kami adik-beradik. Ibu bapa saya telah tiada
tapi kami semua masih merasakan kasih sayang dan nikmat sebuah keluarga
apabila semua dapat berkumpul dan beraya bersama di rumah datuk saya di
Kampung Sungai Kluang, Rengit.
Kosmo!
No comments:
Post a Comment