23 October 2011

Dulu cinta kini putus


PERTEMUAN yang berlangsung di Balai Berita antara Izreen Azminda (kanan) dan Johan As'ari.
PERTEMUAN yang berlangsung di Balai Berita antara Izreen Azminda (kanan) dan Johan As'ari.
Izreen akui pernah jalin hubungan istimewa dengan Johan

SATU pertemuan membabitkan Izreen Azminda, 26, dan Johan As’ari, 25, diaturkan petang Selasa lalu di Bangsar, Kuala Lumpur. Secara kebetulan Izreen bercuti daripada meneruskan baki penggambaran drama Tentang Dhia untuk TV3. Persetujuan awal sudah diberikan Izreen kerana dia mahu meluahkan segala-gala yang terbuku di hati.
Untuk berita lanjut dapatkan akhbar Berita Minggu hari ini.
Saya tak membenci dia (Johan). Cuma tak adil, untuk dia bersikap sebaliknya dengan tidak mengaku perkara sebenar. Terpulanglah kepada orang di luar sana untuk menilai apa yang saya ceritakan ini. Kebenaran hanya Tuhan, keluarga dan kawan terdekat yang mengetahui. - Izreen.








INFO menarik Izreen-Johan
  • Izreen tidak berkenan dengan perangai Johan ketika masing-masing berada di lokasi penggambaran drama Juvana. Namun, siapa sangka orang tak digemari itu akhirnya pernah berjaya menawan hatinya.

  • Izreen menafikan dirinya terlalu mengongkong Johan kerana hakikatnya dia cukup menjadi penyokong nombor satu kepada Johan. Izreen juga tak lokek berkongsi pengalamannya dengan Johan. 

  • Sebelum ini bukan Izreen tidak mahu mengakui cintanya dengan Johan, cuma dia berasakan masih terlalu awal untuk didedahkan. 
  • Kali terakhir Izreen berjumpa Johan sebelum pertemuan diaturkan B*POP ialah ketika sama-sama diundang ke sesi fotografi sebuah majalah pada 28 September lalu. Johan dikatakan tiba lewat dua jam dan pada masa sama Izreen juga terpaksa bergegas ke Tanjung Karang untuk melunaskan penggambaran drama Tentang Dhia. 

  • Ketika sesi fotografi itu, masing-masing pun kekok bergambar bersama kerana hubungan mereka disifatkan semakin renggang.

  • Selepas Aidilfitri, Izreen dan Johan jarang berinteraksi kerana masing-masing sibuk dengan jadual seni.

  • Malam sebelum pertemuan diaturkan B*POP berlangsung, Johan menghantar SMS kepada Izreen memberitahu dia tidak akan mengaku mereka pernah mempunyai hubungan istimewa.
  • Tiz & Izara Panas : Mangsa hamba seks

    Foto

    Nama Tiz Zaqyah, Izara Aishah jadi bualan gara-gara impak watak mereka dalam drama Soffiya

    APABILA melihat kepada kemesraan antara dramatis, Tiz Zaqyah dan aktres baru, Izara Aishah yang kali pertama digandingkan sebagai penghias muka depan B*POP, mereka serasi seolah-olah sudah lama mengenali satu sama lain. Tapi itu hanya luarannya saja, padahal Izara yang baru mengenali dunia lakonan sejak Mac lalu dalam diam rupa-rupanya cuba menjatuhkan Tiz kerana menganggap seniornya itu sebagai perampas kebahagiaan yang sedang dibinanya.

    Namun, itu hanyalah secebis kisah yang cuba dipaparkan menerusi drama bersiri terbaru TV3, Soffiya yang mula bersiaran sejak 21 September lalu menerusi slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 hingga 8 malam. Selain Tiz dan Izara, drama terbitan Filmscape Sdn Bhd itu turut dibarisi Fizo Omar, Azhar Sulaiman, Syazwan Zulkifli, Hilal Azman dan Aisyah Atan. Drama 28 episod itu ini diarahkan Joeza Rasidi.

    Pastinya, pemenang Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, Tiz diberi watak utama sebagai Soffiya. Soffiya yang dikenali sebagai Yaya tinggal di kampung, namun dia mengalami trauma akibat menjadi hamba seks bapanya sendiri. Tidak tahan dengan kerakusan itu, Yaya membunuh bapanya lalu dia ditempatkan di pusat pemulihan juvana.

    Apabila dewasa dan mendirikan perkahwinan, Yaya dibenci oleh anak tirinya, Fiona (lakonan Izara) kerana suami Fiona, Ilyas (Fizo Omar) adalah cinta pertama Soffiya yang turut bertindak sebagai peguam bela menyelamatkan Soffiya daripada hukuman bunuh.

    “Ini kali pertama saya menjayakan watak ekstrem, dirogol dan ia satu pengalaman baru. Namun, bukan mudah menjayakan atau menghayati watak Soffiya. Perlu bermain perasaan dalaman dan ekspresi muka. Tapi, saya seronok bekerja dengan Izara. Walaupun dia baru, tapi beliau ‘memberi’ setiap kali kami beraksi di depan kamera. 

    “Bagi saya, Izara seorang pelakon, dia bukan selebriti yang semata-mata berwajah cantik, sekadar menjadi pelaris majalah hiburan atau akhbar. Saya senang bekerja dengannya. Tambahan pula kami satu kepala, memudahkan lagi kerja pengarah. Secara peribadi pula, saya berpendapat Izara bukan seorang pelakon yang orang kata control cun, tapi dia sentiasa menjadi dirinya sendiri,” kata Tiz. 

    Beralih kepada soal peribadi Tiz bersama aktor Remy Ishak, sehingga hari ini belum ada sebarang pengakuan daripada mereka mengesahkan kedua-duanya adalah pasangan kekasih, walhal semua orang tahu mereka sedang menyulam cinta, maka terdengar desas-desus pasangan berkenaan bersikap hipokrit apabila berbicara mengenai status perhubungan masing-masing. 

    Kata Tiz, dia bukannya tidak berani untuk berterus-terang mengenai hubungannya bersama Remy, tapi sehingga saat ini beliau belum bersedia memberi ungkapan cinta untuk menterjemahkan hubungannya bersama Remy kerana mereka belum ada sebarang perancangan untuk menuju ke gerbang perkahwinan.



    Foto

    Akui rapat dengan Remy
    “Saya bukannya tak nak mengaku bercinta dengan Remy, tapi jika belum ada sebarang pengesahan, bila nak kahwin, saya tak berani cakap apa-apa, saya malu sekiranya dah pukul canang kami bercinta, di penghujungnya kami tak jadi kahwin. Jadi, saya hanya boleh katakan, ketika ini saya memang berkawan rapat dengan Remy. Dia ada sifat seorang lelaki yang memenuhi cita rasa saya.

    “Remy juga memiliki kualiti seorang ketua, jadi saya nampak dalam dirinya memang ada ciri-ciri seorang suami, itu yang membuatkan kami serasi,” akui Tiz.

    Sebelum ini tersebar gosip di beberapa akhbar, kononnya Tiz membawa bekal makanan untuk Remy ke lokasi penggambarannya. Mereka makan bersuap-suap apabila kemesraan itu disaksikan artis, selain kru produksi. 

    “Saya tak pernah bawa bekal makanan untuk Remy ke set penggambarannya, jadi dakwaan yang mengatakan kami makan bersuap-suap tu, mana datangnya? Saya akui, memang pernah ke lokasi penggambaran filem Azazil sebelum ini dan makan bersama Remy, tapi kami tak pernah makan bersuap-suap pun... Kami takkan tunjuk kemesraan depan orang ramai, kami malu.

    “Pun begitu, sekiranya kami makan berdua saja, saya mengaku pernah suap Remy, begitu juga dengan dia. Bagi saya, makan bersuap ni perkara biasa, lumrah. Kami nak rasa makanan masing-masing, bukannya nak feeling sangat pun...,” kata Tiz berterus-terang.

    Tambah Tiz, disebabkan kemesraan yang terpancar antara mereka, bukannya dia dan Remy tidak mahu mengaku bercinta, tapi kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan kedua-duanya di Twitter mahupun Facebook (FB), semua orang boleh membuat andaian sendiri, bagaimana status perhubungan mereka sebenarnya, jadi tak perlulah terbit kenyataan secara terang-terangan daripada mereka. Memang mendalam maksud yang cuba disampaikan Tiz. 

    Nafi dendami Diana Danielle
    Sebelum ini menerusi B*POP, ada gosip yang mendakwa Tiz ke lokasi penggambaran Azazil untuk menyaksikan babak romantik yang dilakonkan Remy bersama artis jelita, Diana Daniele. Khabarnya Tiz cemburu apabila melihat kemesraan kedua-duanya di monitor. 

    “Itu saya tak nafikan, memang saya ke lokasi Azazil melihat pembikinan babak romantik berkenaan, saya terkejut! Saya rasa orang lain juga akan faham bagaimana perasaan saya ketika itu. Tapi, sebagai artis, saya perlu bersikap profesional. Selepas hari itu, saya tak pernah rasa marah mahupun berdendam dengan Diana. Saya perlu menerima situasi berkenaan seadanya, istilah cemburu tidak pernah terbit dalam kamus anak seni.

    “Namun, cemburu dalam percintaan memanglah ada, orang kata cemburu tanda sayang. Sebaliknya apabila membabitkan soal kerja, saya perlu buang perasaan itu jauh-jauh,” akuinya tanpa berselindung.

    Seperkara lagi yang dianggap isu lama apabila gosip liar mendakwa Tiz dan Remy tinggal serumah di Ampang, Selangor terus diperkatakan di kalangan media massa dan peminat hingga hari ini. Lebih panas apabila pasangan berkenaan kononnya sedang diintai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk diserbu. 

    “Gosip berkenaan saya dah tahu lama. Saya dah lali dengan isu itu, tapi nampaknya ia terus diperkatakan. Saya harap, kali ini biarlah yang terakhir saya membuat kenyataan, sekalipun saya dan Remy berkawan rapat, tapi kami tak pernah tinggal sebumbung! Justeru, saya harap isu ini tidak lagi diulang berkali-kali di media massa, cukup, saya tak mahu bercakap mengenai perkara yang tak pernah berlaku,” tegas Tiz.

    Izara nafi benci bapa kandung
    IZARA Aishah mengakui watak Fiona dijayakan dalam drama Soffiyah ibarat ‘kelas lakonan’ untuk memperkemaskan lagi mutu lakonannya. 

    “Inilah karakter paling susah pernah saya jayakan. Saya sentiasa bermain emosi apabila air mata menjadi teman setiap masa. Seronok bekerja dengan produksi ini, lebih-lebih lagi pelakon senior seperti Tiz Zaqyah dan Fizo Omar, selain pengarah banyak beri tunjuk ajar,” katanya menyifatkan Fiona membenci bapa kandungnya kerana menjadikan dirinya hamba seks sehingga tergamak membunuh anak sendiri. 

    Justeru, tersebar desas-desus dalam kehidupan realiti Izara, dia turut membenci bapa kandungnya kerana dikatakan pernah mengabaikan dirinya dan keluarga sejak beliau kecil, selain tidak pernah mendapat belaian kasih sayang seorang ayah. Kononnya juga dia keberatan meletakkan nama bapa kandungnya itu sebaris namanya setiap kali ditanya wartawan dan lebih selesa dikenali sebagai Izara Aishah saja.

    “Saya tidak pernah membenci ayah kandung, tambahan pula saya mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada bapa tiri. Benar, ayah dan ibu saya berpisah ketika saya berumur dua tahun, tapi itu tidak boleh dijadikan alasan saya membencinya. Seingat saya, kali terakhir bertemu ayah ketika saya Darjah Satu dan sejak itu kami hanya berhubung menerusi telefon. 

    “Kali terakhir saya bercakap dengan ayah di telefon pada Aidilfitri lalu. Mengenai nama, memang saya tak mahu nama keluarga terbabit sama dalam kerjaya seni, biarlah saya dikenali dengan nama sendiri. Terus-terang, saya tak pernah membenci ayah. Saya berharap saya bertemunya suatu hati nanti, tambahan pula dia juga akan menjadi wali apabila saya kahwin nanti.

    “Namun, saya tak dapat menyembunyikan perasaan ini, sebenarnya saya tawar hati dengan ayah sebab dah lama sangat tak berjumpa dengan dia, itu saja... bukan membenci dirinya,” kata Izara berterus terang. 

    Menerusi Soffiya, Fiona (Izara) berkahwin dengan Ilyas (Fizo) dan terkini ada khabar angin mendakwa, Izara dan Fizo dalam diam bermain cinta apabila perasaan itu berputik tanpa disedari kru produksi. Khabarnya, kedua-duanya pernah dilihat hadir ke sebuah pusat rekreasi berkuda di Ampang, baru-baru ini. Menurut sumber, Izara dan Fizo dilihat begitu mesra ketika sedang menikmati makan malam bersama. 

    “Saya dah ada teman lelakilah. Antara saya dan Fizo hanya kawan sesama rakan artis. Saya akui, pada hari itu memang Fizo mempelawa saya hadir ke pusat rekreasi itu dan sebagai kawan saya hanya datang memenuhi pelawaannya, itu saja. Tambahan pula, teman lelaki saya menghantar saya ke situ. Memang kami makan malam bersama, tapi taklah mesra seperti didakwa. Terus-terang, saya amat menyintai teman lelaki saya. Kami kenal sejak kecil. Tak mungkin cinta saya beralih arah kepada orang lain,” terang Izara.

    Pada Anugerah Skrin 2011 pada 4 November ini yang bersiaran secara langsung di TV3, Izara dijangka menjadi seorang penyampai trofi untuk satu kategori dipertandingkan. 

    INFO Tiz
    NAMA SEBENAR: Siti Zaqyah Abdul Razak 
    NAMA KOMERSIAL: Tiz Zaqyah
    TARIKH LAHIR: 25 Oktober 1988 
    KELUARGA: Bongsu daripada dua beradik 
    ASAL: Kuala Lumpur 
    DRAMA: Impian Ilyana, Impian Sunsilk, Bernafas Dalam Lumpur, Seandainya Aku Siti, Nur Kasih, Asmaradana, Spa Qistina dan Soffiya 
    FILEM: Nur Kasih The Movie dan Cinta Kura-Kura (belum tayang) 
    PENCAPAIAN: Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 

    INFO Izara
    NAMA KOMERSIAL: Izara Aishah 
    TARIKH LAHIR : 28 September 1992 
    KELUARGA: Sulung daripada tiga beradik 
    ASAL: Bakar Batu, Johor Bahru 
    DARAH CAMPURAN: Ayah (Melayu) dan ibu (Pakistan) 
    PENDIDIKAN: Diploma Seni Persembahan, Sunway University College, Bandar Sunway, Selangor 
    PENCAPAIAN: Tempat kedua Dewi Remaja 2010 
    KOMERSIAL TV: McDonald's dan Fair & Lovely 
    TEATER: Tok Rimau dipentaskan di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur ketika berusia 12 tahun. 
    DRAMA: Kasih Najihah, Hantu Gigi, Jejaka J, Selumbar Kasih, Masih Membara Cintaku, Keranamu Laila, Cikaro, Pusing Raya dan Soffiya 



    Berita Harian

    Ketabahan seorang primadona



    Persatuan Seniman dan Biro Kesenian dan Kebudayaan Pemuda UMNO memberi sumbangan dan lawatan kepada Seniwati Azean Irdawaty di Hospital Beacon, Petaling Jaya.


    KANSER payudara yang melingkari kehidupannya kembali bersarang ekoran tekanan demi tekanan yang tidak berkesudahan.

    Walaupun sebelum ini ada khabar dia sudah semakin sembuh, pelakon Azean Irdawaty perlu meneruskan lagi sesi rawatan setiap enam bulan sekali di Hospital Pakar Beacon, Petaling Jaya.

    “Sebelum ini masalah penyakit Kak Yan sudah semakin sembuh, namun sekarang kembali lagi.

    “Sesiapa yang menghidap barah memang tidak boleh berada dalam tekanan. Sekarang Kak Yan kembali berasa tertekan, sebab itu kanser itu menyerang semula,” katanya kepada Pancaindera.

    Selain bertarung dengan penyakit yang dihidapi, seluruh peminat juga turut mengetahui anak lelakinya, Benjy telah dihukum menjalani perintah sekatan dan perlu berada di Kuantan, Pahang sejak 17 Mac tahun lalu dan itu semestinya menambahkan lagi tekanan seorang ibu.

    “Walaupun tertekan namun Kak Yan syukur dengan apa yang telah ditetapkan ini. Setiap-tiap malam Kak Yan akan berdoa kepada Tuhan supaya permudahkan segala urusan, tabahkan hati Kak Yan sendiri. Sepanjang berada di sini Kak Yan memang tidak bertemu dengan anak Kak Yan,” katanya sekaligus merakamkan terima kasih kepada orang ramai yang banyak memberi sumbangan kepada dirinya selama ini.

    Isnin lalu, persatuan Seniman dengan kerjasama dengan Pemuda UMNO, bersama beberapa artis terkenal telah melawat dan menyampaikan sumbangan kepada Azean.

    Pemuda UMNO dan Seniman turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Azean. Antara artis yang turut serta adalah, Fizz Fairuz, Yatt, Zamrul Hisham, Maria Farida dan Fiza.

    Fizz Fairuz menganggap Kak Yan adalah seorang pelakon yang ternyata mempunyai cukup kreateria sebagai seorang lagenda negara.

    “Sebelum ini, kakak ipar saya turut mengalami penyakit kanser, Kak Yan banyak memberikan semangat kepada kakak ipar saya. Dia menyuruh kakak saya supaya selalu happy dan jangan fikir tentang penyakit yang sedang dihidapi. 

    Syukur kepada Allah, kakak ipar saya ketika ini sudah kembali pulih.

    “Kak Yan mempunyai banyak pengalaman, dia juga tidak kedekut ilmu, dia memang seorang artis yang tidak pernah lokek ilmu, dia banyak bagi tunjuk ajar kepada artis baru seperti saya,” jelas Fizz.

    Semoga primadona air mata ini segera sembuh untuk terus memberi sumbangan kepada industri filem dan drama tempatan.

    Utusan Malaysia

    Ayu mahu lupakan sejarah hitam



    Hilang bukan bermakna Ayu sudah lupakan bidang nyanyian.


    MANA hilangnya Ayu? Rata-rata itulah soalan yang dilemparkan kepada penyanyi yang pernah menjuarai One In a Million (OIAM) musim kedua.

    Ya. Kita sedang bercakap mengenai Norayu Damit, penyanyi lagu Hanya Di Mercu.

    Itupun dengan hanya satu lagu sahajalah. Selepas itu, langsung tak ada khabar berita, lesap entah ke mana.

    Tahu-tahu sahaja, sekarang sudah ada anak dua. Kali pertama dia menghilangkan diri, sewaktu semua orang kecoh mengenai dirinya yang sengaja bersembunyi gara-gara dikatakan hamil sebelum waktunya.

    Tidak lama kemudian, dia muncul dan mengaku sudah berkahwin. Anak lelaki bernama Syed Nashrul Haikal itu adalah hasil perkongsian hidupnya bersama Syed Fauzi Syed Baharuddin, 24.

    Seakan suka bermain teka-teki, Ayu tak lama kemudian kembali menghilangkan diri tanpa sebarang berita, menyebabkan ramai peminat tertanya-tanya.

    Kini selepas setahun mendiamkan diri, Pancaindera berkesempatan bersua muka dengan wanita muda berusia 22 tahun ini yang ternyata punya cerita di sebalik apa yang berlaku.

    Dia sudi berkongsi mengenai kehidupannya sebagai ibu kepada bukan sahaja Nashrul Haikal, 2, tetapi kepada puteri kedua Sharifah Alya Adriana yang kini berusia 3 bulan.

    “Saya sekarang bahagia menjalani kehidupan sebagai isteri dan ibu kepada dua anak,” kata Ayu memulakan bicara.

    Menurut Ayu, dia tidak pernah menghilangkan diri, cuma berehat ekoran sedang hamil anak keduanya.

    “Saya pun tak faham kenapa orang cakap saya menghilangkan diri. Aktiviti seni saya masih ada, cuma tak kerap macam dululah.

    “Mungkin sebab saya dah tak keluar di akhbar, majalah dan sebagainya lalu orang kata saya dah menghilang,” terang Ayu.

    Sama seperti alasannya sebelum ini, anak kelahiran Putatan, Sabah ini mengulas tindakannya mendiamkan diri dari tempias dunia glamor buat kali kedua adalah kerana fokusnya terarah kepada keluarga.

    Apalagi ketika itu, dia sedang mengandungkan anak keduanya itu.

    “Masa mengandungkan anak kedua, saya banyak menghabiskan masa di Sabah.

    “Itu atas permintaan mak sebab masa mengandungkan anak pertama, saya berpantang di rumah ibu mertua di Kuala Kangsar, Perak.

    “Jadi untuk anak kedua, mak minta saya pulang sebab nak tengok-tengokkan sampailah saya bersalin.

    “Sebab itulah saya balik sana, bukan sebab saya nak sembunyi lagi. Lagipun tak ada apa yang nak disembunyikan,” katanya.

    Itu cerita lama
    Sempat juga Pancaindera mengajukan pertanyaan kalau-kalau Ayu sebenarnya berkecil hati dengan layanan dunia seni terhadapnya.

    Bukan apa, jujurnya, Ayu dilihat seperti menjadi mangsa keadaan kerana dari segi karier, dia seakan tidak mampu bergerak jauh walau punya bakat nyanyian yang cukup besar.

    Apa yang tidak kena? Bimbang tutur katanya disalah tafsir, Ayu penuh wasapada mengaku kadangkala dia tidak dapat lari daripada merasakan dirinya diperlakukan begitu.

    Bagaimanapun, kata Ayu, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana itu tidak akan mengubah apa-apa pun kecuali memburukkan.

    “Hilangnya saya mungkin ada kena-mengena dengan perjalanan karier saya sendiri yang sedikit lembab.

    “Album kedua saya dengan syarikat rakaman Monkey Bone pun masih dalam pembikinan dan mengambil masa agak lama untuk siap.

    “Bila lambat siap, maka saya punya banyak masa terluang dan adakalanya, saya tak tahu apa yang perlu dibuat. Saya menunggu dan terus menunggu sampailah pihak syarikat memaklumkan perkembangan selanjutnya.

    “Tapi saya faham memang suasana industri seni kita begini. Proses nak hasilkan benda berkualiti kena ambil masa sikit, saya percaya begitu. Sebab itu saya cakap, saya tak salahkan sesiapa.

    “Saya harap janganlah ada pihak kata yang pekara ini terjadi kerana saya ada masalah dengan syarikat rakaman. Walhal sebenarnya kami tidak ada masalah. ” katanya bersungguh.

    Dalam pada itu ketika ditanya mengenai kebarangkalian syarikat berbuat begitu kerana kontroversi kehilangannya sebelum ini, Ayu melahirkan rasa kurang selesa.

    Baginya, kontroversi dia mendiamkan diri tidak ada kena-mengena dengan tindakan syarikatnya itu.

    Malah, kata Ayu, sebolehnya, dia tidak mahu orang asyik mengungkit perkara silam itu yang baginya cuma tinggal sejarah hitam dalam hidupnya kini.

    “Kalau boleh tak mahu ingat langsung pasal hal lama tu. Pada saya, terpulanglah apa orang nak cakap. Saya tak boleh nak tutup mulut orang, bukan?

    “Janji saya hidup bahagia dengan suami, anak-anak dan keluarga, itu sudah cukup,” tegasnya yang percaya, pembaca mungkin akan muak dengannya jika wajah dan cerita mengenainya sering dijaja semberono di dada akhbar atau majalah.

    Utusan Malaysia

    Awas dua perempuan itu!


    WANITA ini tenang tatkala membicarakan isu melibatkan namanya. Ini tentang episod perang mulut dengan dua pelakon wanita lain, Didie Alias dan Sharifah Sakinah.

    Perselisihan yang semakin panas itu telah bertukar kepada fitnah yang sekali gus mengundang salah faham.

    Baru-baru ini, Julia Ziegler dikatakan ‘menyerang’ Didie dan Sakinah kerana bercerita buruk mengenai urusan peribadi di belakangnya.

    Perihal tersebut menyebabkan anak kacukan Jerman-Melayu ini dijadikan bahan perbualan di kalangan orang industri. Macam-macam versi yang timbul sebab cerita tentang Julia sentiasa ‘dikemaskini’.

    Sama ada dari mulut dua pelakon itu atau daripada ‘pelakon tambahan’ episod drama yang menjadikan Julia sebagai pelakon utamanya iaitu kakak Sakinah Sharifah Shahirah dan Gambit Saifullah.

    Kisah bertegang urat itu juga semakin menjadi-jadi apabila masing-masing mengeluarkan kenyataan yang entah di mana pokok pangkalnya. Namun, apa yang jelas semuanya bertitik tolak dari cerita kelakuan tidak senonoh Julia dengan seorang kru drama satu ketika dahulu.

    Bagi Julia pula, kesemua fitnah yang membabitkan namanya itu umpama ‘timbunan batu blok jatuh menghempap di kepala’. Semakin lama Julia diamkan, semakin banyak pula kesakitan yang dirasainya itu.

    Tidak sanggup lagi menahan bebanan derita, Julia memutuskan untuk bercerita kepada Pancaindera pada satu sesi fotografi , pagi Selasa lalu.

    Pemilik produksi Zioss Film Sdn. Bhd. ini bersedia untuk menjelaskan duduk perkara sebenar agar masyarakat tidak lagi menuding jari atau melabel yang bukan-bukan tentang dirinya.

    “Perselisihan yang berlaku pada hari ini bertunas sewaktu saya berlakon untuk drama Noktah Erna kira-kira dua tahun lalu. Ketika itu Didie bertugas sebagai pengurus produksi,” bicara awal Julia mengupas tentang duduk perkara sebenar.

    Ceritanya, dalam penggambaran drama untuk TV3 tersebut, pihak produksi menggunakan khidmat sewa kereta milik Julia dengan kadar bayaran RM1,000.

    Bagaimanapun, bayaran tersebut tidak sampai ke tangan Julia ekoran tercetus konflik jadual penggambaran drama yang diuruskan oleh Didie.

    “Saya minta ihsan dia untuk menyusun semula jadual penggambaran sebab emak (Saminah Subari) masuk hospital. Saya minta pelepasan tapi dia tak bagi dan nak saya habiskan penggambaran itu juga.

    “Mungkin dari situlah timbul tidak puas hati atau kemarahan terhadap saya bila mana dia kerap mengelak bila soal bayaran sewa kereta saya dibangkitkan.

    “Akhir sekali, dia cakap ‘dik, duit itu dah tak ada’ secara baik. Saya terkedu dan bila saya fikir-fikir semula, mungkin bukan rezeki saya. Dia siap tabur janji manis cakap dengan saya, ‘Tak apa Julia. Nanti mummy panggil untuk next job’.

    “Memang dia ada panggil saya untuk rancangan permainan 1 VS 0 yang bersiaran di Astro Citra tahun lalu. Nak dijadikan cerita saya menang tapi malangnya tidak dapat hadiah kemenangan itu sampai ke hari ini. Tapi dia janji nak bagi dan sebab itu, saya tetap tagih janji lama itu,” dedah Julia tanpa berselindung mengenai kemelut yang ada.

    * Ada bukti fitnah
    Julia mengakui lebih selesa berdiam diri dengan harapan Didie segera memperbetulkan keadaan.

    “Saya terpanggil untuk menjelaskan duduk perkara sebenar sebab apa yang berlaku sekarang sudah melampau. Saya kena berterus terang untuk membersihkan nama.

    “Cerita saya tidur dengan jurukamera itu adalah fitnah dan begitu juga cerita saya ‘menyerang’ Shahirah di majlis perkahwinan Norman Hakim dan Memey. Saya hanya bercakap dalam nada biasa saja, bukan cakap kurang ajar dengan dia,” sesal Julia.

    Pada masa yang sama Julia memberitahu dia punya bukti yang mensabitkan kelakuannya terhadap fitnah melanda.

    “Saya memang ada saksi untuk apa juga cerita buruk tentang saya yang tersebar. Bukti yang boleh buat orang berkenaan masuk penjara. Sekarang ini saya tak akan dedahkan. Bila masanya akan tiba, kebenaran pasti terbukti jua,” ringkasnya yang enggan memberi petunjuk tentang bahan buktinya.

    Ditanya tentang perasaan Julia sewaktu melalui fasa gelap berkenaan, wanita ini menyatakan kebimbangan andai ada yang terpengaruh dengan cerita-cerita buruk mengenainya.

    “Kena faham bahawa kehidupan peribadi seseorang itu terlalu sensitif untuk dihebahkan kepada semua orang. Walaupun buruk mana orang itu, tidak wajar untuk kita sebarkan. Terutamanya dengan orang yang terlibat sama dalam industri ini.

    “Impak yang diterima bukan saja kepada orang yang difitnah malah semua orang. Macam mana orang yang kena fitnah itu hendak berdepan dengan masyarakat di kala orang lain sibuk mencanang kesilapan dia?” katanya yang mendapat semangat selepas membaca kata pujangga Socrates.

    Julia mendapat banyak motivasi menerusi The Socraters Triple Filter Test yang banyak membantu mengelak dari bercerita tentang keburukan orang lain. Ini menjadikan dia lebih arif menilai keikhlasan dalam persahabatan dan mengajarnya untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

    * Cerewet pilih kawan
    Mengajukan persoalan apa tindakan selanjutnya, Julia berkata, dia akan terus bersabar dan menjalani kehidupan seperti biasa.

    “Daddy saya (Bob Ziegler Abdullah) cakap, saya berada dalam posisi ‘api’. Saya kena buat pilihan sama ada memerlukan ‘air’ atau ‘minyak’. Fikiran saya mengatakan benda ini bodoh dan tak beri apa-apa faedah.

    “Kalau diikutkan semula, saya yang sepatutnya marah dari dulu lagi bila orang jaja cerita tak betul tentang saya.

    “Sebab pertimbangan Julia itu juga menolak untuk bertindak luar batasan kerana semua melibatkan nama baik Julia pada hujung cerita,” ungkapnya penuh optimis.

    Pada masa yang sama, pelakon filem Jangan Tegur ini mengakui dia perlu ‘menapis’ kawan selepas peristiwa ini bagi mengelakkan perkara yang sama tidak berulang pada masa depan.

    “Saya telah melakukan kesilapan berkawan dengan orang yang tidak jujur, mengambil kesempatan atas kebaikan kita. Lepas ini, pasti saya akan lebih cerewet dalam bab itu,” katanya di hujung perbualan di Kelab Golf Glenmarie Shah Alam, Selangor.

    Utusan Malaysia

    Neelofa mula berubah?


    BETULKAH Neelofa sudah berubah? Cerita ini disampaikan oleh beberapa orang industri yang mengatakan, 

    kononnya pelakon cantik itu sekarang sudah pandai memilih dengan siapa dia hendak berkawan. Malah Neelofa juga dikatakan selalu bersikap perasan bahawa kehadirannya begitu penting dalam banyak acara.

    Dek kerana itu juga, kata mereka Neelofa pasang bodyguard, selain hendak tunjuk pada umum yang dia bukan calang-calang orang. Macam-macam lagi cerita, tetapi Joyah tak berapa nak ambil pusing bila dapat tahu semua cerita itu mereka kata baca di blog hiburan. Penulis blog hiburan pun bukannya boleh percaya sangat, banyak yang tak ada etika pun, asyik mengutuk dan mengata sahaja.

    Setahu Joyah sebelum ini Neelofa telah menerima ancaman yang boleh menggugat keselamatan dirinya, sebab itu keluarganya terpaksa upah pengawal untuk menjaga dirinya.

    Neelofa juga jenis artis yang berani mengatakan kebenaran, bijak dan ada idea sendiri. Mungkin sebab dia ni tak ikut telunjuk orang sangat, sebab itu ada orang tak berapa senang.

    Apapun, semoga apa yang diperkatakan orang itu tidak benar. Neelofa perlu buktikan yang dirinya adalah seperti padi. Semakin menunduk ke bumi apabila semakin berisi.

    Utusan Malaysia

    Full House 2 tertangguh



    RAIN (kanan) dan Song Hye Gyo dikatakan paling sesuai membintangi siri Full House 2
    NAMPAKNYA hanya Rain dan Song Hye Gyo yang paling sesuai untuk membintangi drama bersiri Full House setelah penggambaran sekuel drama itu tertangguh gara-gara isu pemilihan pelakon.


    Khabarnya pelakon Hwang Jung Eum dan No Min Woo terpilih untuk berlakon dalam siri Full House 2, tetapi ia masih samar.
    Pihak terbabit menjelaskan bahawa kedua-dua nama itu terpilih, tetapi pihak penerbit terpaksa menangguhkan penggambaran kerana beberapa masalah teknikal.
    "Kami memutuskan untuk menangguhkan penggambaran kerana karakter dalam Full House 2 tidak sesuai dengan imej Jung Eum dan Min Woo.
    "Kami masih berbincang dengan pihak produksi sekuel drama itu dengan pihak penerbitan," ujar wakil pengurusan Core Contents Media.
    Sebelum ini terdapat ura-ura yang menyatakan drama itu akan ditayangkan di stesen televisyen tidak lama lagi
    Drama Full House pernah menimbulkan fenomena sehingga ia popular di seluruh Asia pada tahun 2004.
    Kini teraju utama Full House, Rain sedang menjalani khidmat ketenteraan di sebuah kem tentera di Seoul, Korea Selatan.
    Kosmo!

    Anuar Zain guna pengurus lelaki


    Anuar Zain

    MULA-MULA dengar angin dari jauh, kemudian bisik-bisik pula. Diva fikir, macam serius pula cerita tepi kain antara penyanyi tersohor, Anuar Zain dengan pengurusnya yang mesra dibahasakan Rohila itu. Setahu Diva, sudah berzaman si Rohila itu menjaga segala pergerakan serta perkembangan karier Anuar Zain. Ibaratnya, tidak sah Anuar tanpa Rohila.
    Ramai rakan media dan individu yang mahu menghubungi Anuar Zain tetapi tidak dapat menghubungi Rohila tanpa alasan. Telefon tidak berjawab malah talian telefonnya sudah tidak lagi dapat ditembusi. Rohila sendiri sudah tidak dapat dikesan bayangnya sedangkan ketika ini Anuar pasti sibuk dengan agenda promosi album terbarunya yang laris macam pisang goreng panas.
    Bagaimanapun, tiada sumber sahih yang dapat mengesahkan perkara itu. Diva doakan yang terbaik untuk Rohila dan Anuar Zain yang dengarnya sudah ada pengurus baru bernama Danil.
    Kosmo!

    Geng Celepets (CLPT) Anggun Di Majlis Persandingan Yasmin Hani & Sha’arin!

     

    Seiring dengan majlis persandingan Yasmin dan Sha’arin, geng Celepets (CLPT) turut memeriahkan lagi suasana malam semalam. Kepada anda yang masih belum tahu apa itu Celepets, Celepets bermaksud “Celebrity Loves Pet” dimana kesemua ahli geng ini mempunyai sekurang-kurangnya seekor haiwan peliharaan.
    Terdapat 7 selebriti yang terlibat dengan Celepets iaitu Atilia, Yasmin Hani, Sazzy Falak, Dynas, Serena Choong, Daphne Iking dan Aishah Sinclair. Kesemua mereka hadir pada majlis persandingan Yasmin kecuali 2 orang, Serena Choong dan Daphne Iking yang tidak diketahui status mereka.
    Atilia 
    Aishah Sinclair 
    Sazzy Falak 
    Dynas Mokhtar 
    Celepets 
    Celebrity Loves Pet 
    Celepets 
    OHBULAN!

    Foto Persandingan Yasmin Hani & Sha’arin.


    Persandingan Yasmin Hani & Sha'arin
    Persandingan Yasmin Hani & Sha'arin
    Persandingan Yasmin Hani & Sha'arin
    Persandingan Yasmin Hani & Sha'arin
    Persandingan Yasmin Hani & Sha'arin
    Persandingan Yasmin Hani & Sha'arin
    Persandingan Yasmin Hani & Sha'arin
    Persandingan Yasmin Hani & Sha'arin
    Persandingan Yasmin Hani & Sha'arin

    Foto Majlis Pernikahan Yasmin Hani & Sha’arin

    SONY DSC 
    SONY DSC 
    SONY DSC 
    SONY DSC 
    SONY DSC 
    SONY DSC 
    SONY DSC 
    SONY DSC 
    SONY DSC 
    SONY DSC 
    SONY DSC 
    SONY DSC 
    SONY DSC 
    OHBULAN!

    Nora Danish Bersama Putera Raykal Ramli Di Sidang Media Anugerah Skrin 2011

























    Gambar Nora Danish hadir bersama Putera Raykal Ramli ke sidang media Anugerah Skrin 2011. 
      
    Rotikaya