PELAKON yang mula dikenali melalui filem Slumdog Millionaire, Freida Pinto khabarnya telah menerima bayaran sebanyak RM21 juta untuk dua tahun kontrak sebagai duta sebuah jenama fesyen terkenal. Jika benar mengenai laporan ini, ia bermakna Freida menjadi selebriti Bollywood pertama yang mendapat bayaran setinggi itu untuk tugas sebagai duta.
“Freida mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, ia tidak hanya dikenali di India malah di peringkat antarabangsa.
“Biarpun dia baru sahaja dikenali, namun perjalanan bidang seninya terlalu cepat berjalan,lurus ke depan,” ujar pengurus peribadinya, Anirda Das Blah.
No comments:
Post a Comment