Sebelum ini, ramai sudah tahu mengenai isu Rihanna yang dihalau dari set penggambaran oleh penduduk Ireland kerana dia secara sengaja tidak memakai baju dan mendedahkan payudara untuk muzik video “We Found Love”.
Tapi kali ini, selepas muzik video itu telah dilancarkan pada 19 Oktober lepas, Rihanna sekali lagi dikecam tetapi oleh aktivis anti-rokok kerana muzik videonya terlalu banyak menyelitkan unsur-unsur penggunaan rokok yang berlebihan. Aktivis anti-rokok menyatakan kebimbangan mereka terhadap muzik video ini kerana ia mampu mempengaruhi minda remaja untuk mula merokok.
“Tiga perempat perokok dewasa mula merokok ketika masih remaja, dan kerena itulah kami menganggap Rihanna melakukan tindakan tidak bertanggung jawab karena mempengaruhi peminatnya yang masih muda,” ujar Doreen Reegan, jurubicara Ulster Cancer Foundation.
Tambah Doreen lagi, “Artis seperti Rihanna selalu dipuja dan dianggap sebagai idola oleh jutaan anak muda.”
Tonton muzik video “We Found Love” selepas ini!
No comments:
Post a Comment