14 November 2011

Nabila Mohon Maaf & Kesal Foto ‘Panas’ Tersebar, Minta Pihak Yang Aniaya Tampil Mohon Maaf








Boleh dikatakan awal November ini, disifatkan sebagai bulan ‘kontroversi’ milik aktres, Nabila Huda. Tersebarnya foto-foto panas bermula dari sebuah rancangan hiburan sehingga ke dada-dada media / bloggers online seakan mengundang episod hitam buat dirinya yang baru sahaja melalui ‘awan hitam’ dalam fasa kehidupanya yang baru sebulan bergelar janda anak satu.
Komen bapanya, Amy Search dan bekas suaminya Zaidy Zailani berjaya didapatkan, namun Nabila atau lebih senang disapa Abil ini masih mengambil sikap berdiam diri. Puas diburu pihak media namun dia seakan melarikan diri. Barangkali sudah habis berfikir, bersedia mental dan fizikal, dinasihati orang sekeliling boleh jadi oleh bapanya sendiri, Jumaat lalu Nabila tampil membuat pengakuan eksklusif dalam program hiburan di Tv9, Galaksi.
Memohon maaf atas segala kesilapan yang terjadi, Nabila mengakui kesal atas penyebaran foto tidak sepatutnya itu menjadi tatapan umum.
“Saya tidak boleh ulas banyak pasal gambar itu lagi kerana orang yang tengok dah tahu bagimana keadaan saya dalam gambar tersebut. Apa yang boleh saya buat, hanyalah memohon maaf kepada semua yang marah kepada saya,” ujarnya dipetik melalui perbualan telefon yang dibuat kepada pihak Galaksi.
Tambahnya lagi dia percaya apa yang terjadi adalah angkara pihak yang telah menyalahgunakan gambar tersebut dan cuba menganiayai dirinya serta keluarganya.
Nabila juga berharap agar pihak yang terbabit tampil ke hadapan dan membuat permohonan maaf secara terbuka kerana apa yang terjadi benar-benar mengaibkan namanya sekeluarga.
“Bagi saya, tidak baik tabur pasir ke periuk nasi orang kan? Kepada semua peminat saya, saya ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Saya tahu perkara ini keterlaluan dan berharap agar semua dapat memaaafkan kesilapan saya,” akhiri Nabila.
OHBULAN: Diharapkan dengan pengakuan secara terbuka Nabila ini, maka usai dan berakhirlah sudah isu ‘panas’ ini. Mudah-mudahan sejarah hitam yang terpalit dalam diari hidup Nabila ini dijadikan pengajaran bukan sahaja untuk Nabila bahkan untuk kita semua.
Sumber : OHBULAN!

No comments:

Post a Comment