23 November 2011

Najwa Mahiaddin Ingin Terbit Album Melayu


Najwa Mahiaddin.
Penyanyi Najwa Mahiaddin memberitahu ingin menghasilkan sebuah album Melayu pada tahun hadapan untuk para peminatnya.
Najwa berkata, untuk album itu nanti dia akan mengekalkan elemen soul dengan menyelitkan beberapa irama klasik Melayu di dalamnya.
"Saya berkemungkinan akan muncul dengan album baru dalam bahasa Melayu tetapi semuanya masih dalam perancangan," ujarnya kepada mStar Oline ketika ditemui baru-baru ini.
Najwa berkata, setakat ini dia masih dalam peringkat menulis lirik dan tidak mahu terburu-buru menghasilkan album tersebut.
Katanya, tumpuannya kini adalah kepada pelajaran yang masih berbaki selama setahun lagi di Berklee College of Music Boston, Amerika Syarikat (AS).
Terdahulu, Najwa membawa pulang dua anugerah iaitu Lagu Inggeris Tempatan Terbaik menerusi Got To Go dan Artis Baru Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18) yang berlangsung pada 12 November lalu.
Najwa muncul dengan album pertamanya berjudul Innocent Soul pada Mac lalu.

No comments:

Post a Comment