15 November 2011

Zarina Anjoulie: FHM Suruh Saya Berbikini, Siapalah Artis Tanpa Kontroversi

Minggu lalu, beberapa hari selepas kontroversi gambar seksi di FHM Indonesia, kami aturkan pertemuan bersama Zarina Anjoulie di Shah Alam untuk satu temubual santai. 
Soalan apa lagi yang perlu kami ajukan selain daripada isu gambar seksi beliau yang tersebar luas di internet minggu lalu — Zarina Anjoulie sendiri sudah jangka perkara sama.
Menurut aktress muda ini, beliau sendiri tidak faham kenapa rakyat Malaysia perlu melenting & melatah dengan gambar beliau dalam FHM Indonesia sedangkan sebelum ini sudah ada isu yang lebih besar dari ini.
“Lagi satu, kenapa saiz payudara saya di’perbesar besarkan sehingga ada yang berkata saya lakukan suntikan — sebenarnya saya berisi ketika photoshoot FHM itu di’adakan, 62kg!”
“Bercakap tentang payudara, saya ambil peluang ini untuk jernihkan keadaan — Tweet saya pada malam Anugerah Skrin 2011 bukan saya tujukan untuk Rozita Che Wan. Tidak sesekali,” jelas Zarina Anjoulie.
“Saya kurang berpuas hati dengan penulis penulis blog yang berkata saya perli Rozita Che Wan dengan menulis Tweet sedemikian — ayat tersebut keluar kerana gurauan bersama rakan rakan”

“Industri hiburan Indonesia tidak seperti kita di’sini — ambil gambar untuk majalah sebegini pun mereka akan bayar lumayan. Kalau tidak kenapa Ashraf Sinclair sanggup tinggalkan Malaysia?”
“Lagi pun, untuk berlaku jujur dengan sesiapa pun, ini saya cakap terus dari hati — siapalah artis tanpa kontroversi,” ujar Zarina Anjoulie sebelum di’tarik jurugambar kami untuk sessi fotografi.

Sumber Rotikaya

No comments:

Post a Comment