Kekwat ke Tasha ni? Amboi...macam-macam cerita timbul. Apa cerita ni?
Saya pun tak tahu macam mana orang boleh kata saya ni kekwat. Tapi saya rasa ini mesti ada kaitan dengan sesi penggambaran yang tak dapat saya jalani untuk sebuah media.
Orang kata, awak sekarang ni dah pandai nak pilih-pilih mana penggambaran yang nak pergi dan mana yang tak nak. Tak macam dulu. Ulas sikit.
Saya tak memilih. Jujur saya katakan apa yang berlaku cuma salah faham. Saya tak pernah sesuka hati nak tolak pelawaan pengambaran kalau saya ada ruang masa. Biasanya kalau saya sibuk, memang terus-terang saya katakan yang saya tak boleh ambil pelawaan itu. Bukan sebab saya kekwat.
Habis kalau bukan kekwat, apa lagi?
Begini, saya perlu utamakan lakonan dan krew di lokasi penggambaran. Kalau saya terikat dengan pengambaran drama dan sebagainya waktu itu, tak akanlah saya nak mengabaikan orang-orang di lokasi. Saya perlu beri keutamaan pada mereka. Lainlah kalau saya tak sibuk, saya mesti tak akan tolak pelawaan.
Bukan sebab awak dah pandai naik tocang sekarang? Begitu?
Saya ni orang baru, tak akanlah saya nak buat perangai macam tu. Biasanya, mana-mana media lain yang pernah bekerjasama dengan saya, mereka dah tahu saya ni macam mana.
Sebab itulah mereka yang tak kenal, nak mengenali awak dengan lebih dekat. Tapi awak pula dikatakan memberi seribu alasan. Macam mana tu?
Mungkin saya terlepas pandang tentang hal-hal begini. Sebenarnya, saya ni tak ada pembantu peribadi (PA). Jadi semua benda saya perlu uruskan sendiri. Kadang-kadang saya lambat beri respon sebab jadual penggambaran saya tak perolehi lagi. Jadi macam mana saya nak beritahu tarikh yang sesuai. Ia lebih baik daripada saya berjanji dan kemudian pada hari berkenaan, saya tak dapat datang penuhi komitmen dengan media itu. Itu lagi susah. Nanti orang kata saya mungkir janji pula. Sebab itu saya cakap, orang yang kenal saya, mereka tidak akan cakap saya ni kekwat. Ini semua salah faham. Lagi satu, biasanya, kalau satu-satu penggambaran itu jadi atau tidak, pihak media akan memaklumkannya sekali lagi pada saya supaya tak terlupa dan sebagainya.
Bila dah jadi macam ni, ada tak Tasha rasa sakit hati atau sebagainya? Iyalah orang dah kata awak macam-macam bukan.
Tasha tak rasa apa-apa. Lumra lah kalau dah jadi artis ni. Macam saya cakap tadi, kalau saya tak sibuk, saya mesti akan terima pelawaan mereka. Sebab itu untuk publisiti. Artis dan media memerlukan antara satu sama lain, tak akanlah saya nak buat sombong pula. Saya ni bukannya orang yang tak boleh toleransi. Kalau boleh selit mana-mana ruang masa, saya pun tak mahu hampakan sesiapa.
Apa kata-kata terakhir Tasha untuk memberi penjelasan kepada pihak media yang mungkin terasa dengan tindakan tak sengaja Tasha tu?
Apa pun saya mohon maaf dan saya tahu mungkin ada yang akan terasa dengan tindakan saya. Percayalah, saya bukan sengaja buat benda-benda begitu. Waktu terbatas jadi saya perlu beri keutamaan pada mana yang perlu dahulu. Saya tak berbohong atau sengaja bagi alasan. Saya cakap apa yang betul. Saya harap perkara ini tak dijadikan isu lagi pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment